[VIDEO] "Lain macam caranya minta maaf" - warganet terhibur, keletah budak lelaki salam raya

[VIDEO] "Lain macam caranya minta maaf" - warganet terhibur, keletah budak lelaki salam raya
[VIDEO] "Lain macam caranya minta maaf" - warganet terhibur, keletah budak lelaki salam raya
A
A
A

TIDAK dinafikan dalam kalangan adik- beradik pasti ada seorang yang berperangai 'pelik', kelakar dan suka mengusik.

Kadangkala perbezaan yang dimilikinya itulah menambah rencah kemanisan dan keriuhan dalam sesebuah keluarga.

Seperti mana dapat dilihat menerusi satu rakaman video tular baru-baru ini memaparkan aksi famili bersalaman pada pagi raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram dikenali @suzana7222 kelihatan seorang kanak-kanak berbaju Melayu dan memakai kain samping berguling di atas karpet.

Ahli keluarga mungkin tak menjangka akan melihat aksi 'stunt' budak lelaki tersebut.

Beri salam masuk rumah

Selepas berguling dengan pantas dia bangun dan terus menghulurkan tangan untuk sesi bermaaf-maafan bersama keluarga.

Namun begitu yang mencuri perhatian warga maya apabila mendengar ungkapan maaf daripada kanak-kanak tersebut.

"Minta maaf Awan (namanya) lagi handsome dari ayah," titipnya.

Apa lagi berdekah ahli keluarga ketawa sebaik sahaja mendengar permohonan maaf yang spontan dan sempoi itu.

Difahamkan kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga.

Rata-rata warganet juga terhibur menyaksikan telatah budak lelaki itu dan meninggalkan pelbagai komen.

Kata-kata warga maya:

"Enterance gila style, klimaks tu. Dia punya stunt in."

"Aku dok tengok mula-mula apa benda bergolek tu...Sekali anak dia buat entrance daaaa."

Baca juga Terbaik! Bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer bantu langsai kompaun lelaki ziarah kubur

"Hahaha ayah dia pun layan je. Sabar jelaaa bertuahnya anak."

"Kelakar dah kena tergolek dulu... pahtu lagi hemsem dari ayah."

"Haha lain macam caranya minta maaf. Ayah pula sporting habis!"

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca