UMUM maklum negara kini sedang berhadapan bencana banjir yang melanda banyak negeri di seluruh Malaysia.

Banjir kali ini bukan sahaja di Pantai Timur malah turut mengakibatkan Lembah Klang menjadi lumpuh.

Banjir teruk tersebut telah mengakibatkan banyak jalan ditenggelami air.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun dalam kesedihan menempuh dugaan banjir itu, ada yang merebut peluang mencari rezeki dengan menjala ikan.

Seperti sebuah video yang tular yang dikongsi oleh pengguna bernama @drmegatms, kelihatan seorang lelaki sedang menjala ikan di sebuah jalan raya yang ditenggelami air.

Apa yang mengejutkan apabila jala yang dilemparnya itu dipenuhi dengan ikan-ikan sebaik saja dia menariknya.

banjir

Bagaimanapun lebih mengundang tawa ramai ialah pakaian yang dipakai lelaki terbabit yang hanya bersahaja bertuala kartun SpongeBob.

Perkara berkenaan membuatkan si perakam video turut teruja lalu berjalan mendekatinya.

Lebih melucukan lagi, dia sempat bergurau meminta sedikit ikan itu daripada lelaki berkenaan.

Ujar mereka;

“Enjoy everything, think everything as a bless, sharing makes caring.”

“Rileks je dengan towel spongebob dia.”

“Datang acah-acah nak rakam padahal nak minta ikan sikit, haha puji ada makna.”

“Before; a lot of car on the road. Now; a lot of fish on the road.”

Baca juga Intai wanita mandi dan rakam dengan telefon di PPS, bala macam mana lagi baru nak sedar! – Netizen

“Sumpah penat gelak ngzn org Malaysia. Apa jua keadaan jarang serius.”

Video berkenaan kini telah meraih lebih 3.5 juta tontonan, 263K likes dan 23.4k shares di laman TikTok.

@drmegatmsBoleh jala ikan atas jalan raya

♬ original sound – Namaku Megat