ALANGKAH manisnya sebuah mahligai perkahwinan jika pasangannya saling tolong menolong menguruskan rumah tangga.

Nyata kehidupan rumah tangga memerlukan pasangan yang sentiasa hidup lengkap melengkapi.

Justeru, apabila sikap ini mewarnai kehidupan keluarganya sudah pasti bahagia melimpah ruah.

Begitulah kehidupan. Kadang-kadang alam selepas berkahwin sedikit berbeza daripada sebelumnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Aktiviti dan hobi yang selalu dilakukan ketika hidup berseorangan juga mungkin tidak semua diberi ‘lampu hijau’ oleh pasangan.

Begitu yang terjadi kepada seorang pemuda ini yang berkongsi tip untuk suami.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya @shahruljohari, dia menunjukkan dirinya membantu isteri memasak menu Udang Butter ketika isterinya sedang menunaikan solat.

Dalam situasi sibuk di dapur, dia turut memberikan nasihat kepada suami di luar tentang tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

hipster

Iklan

Apa yang mencuri perhatian ramai, seusai menikmati hidangan tersebut, pemuda berkenaan mendedahkan dirinya mempunyai sebab tersendiri kenapa dia rajin ke dapur.

Rupanya usaha ‘membantu’ itu adalah satu agenda untuk memujuk hati isteri dengan harapan dia dapat keluar dan melakukan aktiviti memancing.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terutama para isteri memberikan pelbagai reaksi.

Iklan

Ujar mereka;

“Bak kata orang-orang tua baik memang baik, tapi baik ada makna tu… terbaik.”

“Itulah taktik suami, tiba-tiba rajin tu ada makna ya…”

Baca juga [VIDEO]’Bahagia teruk’- Gadis kongsi wajah ibu ambil pokok keladi tepi jalan curi perhatian

“Aku punya nak cakap sweetnya, rupanya ada udang sebalik kuali.”

“Nasib baik aku tengok sampai habis. Tarik baliklah yang bahagian nak puji tu.”

“Taktik lelaki semua sama je. Laku aku hari ni rajin basuh kain, sidai, lipat terus. Petang lepas dan pergi mancing.”

Aduhai! Macam-macam cara yang si suami sanggup cuba semata-mata untuk memujuk hati isteri kan?

Buat para suami, hargailah peluang yang diberi itu untuk melakukan aktiviti berfaedah ya. Jangan pusing buat benda lain pula!

@_shahruljohari_sayangi la teman hidup anda 😆 ##bengang ##tipsbuatkamu ##fypage ##fypdongggggggg♬ original sound – Shahrul