MENANAM pokok atau tumbuh-tumbuhan kini sudah dikira sebagai hobi yang menarik.

Ia bukan hanya boleh mencantikkan kediaman tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada minda dan menyamankan persekitaran.

Pelbagai pokok bunga dan hiasan yang boleh ditanam sekitar rumah antara yang tular sekarang pokok keladi.

Tanaman hiasan itu kini menjadi rebutan dan kegilaan ramai khususnya golongan ‘mak-mak’.

Jika melihat pasaran, harga keladi juga agak ‘keras’ mengikut jenis-jenisnya tak hairanlah jika ada yang sanggup masuk kebun atau hutan untuk mencarinya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Begitu juga situasi yang dilalui seorang gadis ini apabila melihat bahagia terpancar dari wajah ibunya tatkala memperoleh pokok hiasan tersebut.

[VIDEO]'Bahagia teruk'- Gadis kongsi wajah ibu ambil pokok keladi tepi jalan curi perhatian

Iklan

Menerusi video yang dikongsi di TikTok miliknya @faa_teyn, dia berkongsi gelagat ibunya yang sanggup mengambil pokok keladi di tepi jalan.

Iklan

“Tengah hari dengan matahari terpacak atas kepala pun tak ada hal dua beranak ni.

“Bahagia teruk muka mak aku bawak baldi,” tulisnya sebagai kapsyen di video berkenaan.

Tenyata perkongsiannya mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut mengatakan perkara yang sama berlaku kepada ibu masing-masing.

Ujar mereka;

“Peminat keladi je yang faham perasaan dia bila dapat jack pot macam ni tepi jalan.”

“Kebahagiaan mak awak saya rasa sampai sini, penuh kegirangan.”

“Comel je, saya pun baru berjinak-jinak dengan keladi. Naik kereta pun meliar je mata kiri kanan jalan.”

Baca juga [VIDEO] Gara-gara PKP pengantin tak sempat bersanding, naik pelamin dengan anak kembar raih perhatian wargamaya

“Weh mak aku pun sama obses teruk dengan keladi, asal telefon je cakap pasal keladi dia.”

“Geng mak-mak bula dapat keladi dia lain macam sikit noh.”

“Saya pun terjebak dengan keladi ni. Nanti nak pergi kampung ambik gini juga free. Haha.”

@faa_teynBalas kepada @user9049421637140 kisah bersambung lagi🤣♬ original sound wrs – rara