KETENTERAMAN awam ‘diragut’ dengan bunyi ekzos motosikal yang bingit bukanlah perkara baharu.

Biarpun pelbagai operasi khas dan tindakan saman dilaksanakan bagi membendung masalah itu, namun ia bagaikan mencurah air ke daun keladi dalam segelintir pengguna motosikal.

Tanpa rasa bersalah mereka sanggup mengeluarkan kos melakukan ubah suai ekzos bagi mendapatkan bunyi bising yang dipercayai mencipta kepuasan ketika beraksi di atas jalan raya.

Artikel berkaitan: Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 4km, Padah Ganggu Solat Terawih!

Impaknya, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan ketidakselesaan terhadap penduduk khususnya yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan taman perumahan kos rendah.

bising motosikal
UBAH suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising menganggu ketenteraman awam terutamanya mereka yang memiliki anak kecil.

Bercakap mengenai situasi berkenaan baru-baru ini tular menerusi media sosial satu rakaman video pendek memaparkan tindakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘mengajar’ pengguna motosikal.

Dalam video berdurasi selama empat saat itu menunjukkan pihak berkuasa cuba meletakkan telinga pemuda terbabit berhampiran ekzos motosikal dipercayai miliknya.

Pada masa sama, anggota itu menekan pedal (throttle) minyak yang mengeluarkan bunyi bingit.

Artikel berkaitan: Akibat Degil, Motosikal Hanyut Ketika Redah Air Deras, Ini Langkah Penting Yang Perlu Dibuat Ketika Banjir

Biarpun tidak menyatakan lokasi kejadian, tetapi difahamkan ia mungkin berlaku di sekitar Sarawak memandangkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan bermula dengan pangkal QSxxxxx.

bising motosikal
MAJORITI warga maya bersetuju dengan tindakan anggota polis yang disifatkan memberikan kesedaran kepada empunya diri dan pengguna motosikal lain yang obses melakukan ubah suai ekzos.

Susulan tular video pendek itu rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan anggota polis tersebut.

Iklan

Mereka menyifatkan langkah itu secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada empunya diri dan pengguna motosikal lain terutamanya golongan yang obses melakukan ubah suai ekzos demi kepentingan diri tanpa memikirkan kesan pada orang sekeliling.

Perkongsian warganet:
– “Terbaik sangat-sangat PDRM semoga ALLAH permudahkan segala urusan.”

– Terbaik. Jenis ekzos kuat kalau lalu kat kawasan taman rumah menganggu. Anak-anak kecil tidur pun terus teriak sebab terkejut.”

– “Aku yang dengar kat phone ni pun dah sakit telinga. Hairan juga selalu tengok motor ekzos bising. Apa keseronokan?.”

Iklan

– “Bagus, terima kasih encik polis. Ada telinga pun bukan tahu erti bunyi bising tahap perang terhadap jiran-jiran.”

– “Elok kena sekolahkan. Ingatkan terlampau hebat ego apabila suruh dengar sendiri ubah suai pandai pula mengelak. Semoga menjadi pengajaran.”

Sumber: Facebook Sukan Star TV