[VIDEO] "Power adik ni!" Mampu tiru enam bunyi enjin kereta 100% real, bakat remaja dipuji warga maya

A
A
A

KEBOLEHAN seorang remaja, Muhammad Faiz Izzan membuat bunyi enjin-enjin kereta mendapat perhatian warganet.

Muhammad Faiz ditemu ramah Tiktoker Zam Al-Fathani membuat bunyi-bunyian yang menyamai bunyi enjin sebenar.

Baca juga: [VIDEO] Gelagat Abang Rider Cari Customer Pesan Makanan Dalam Stadium Dibanjiri Penonton Undang Simpati Ramai

“Ini kalau letak mikrofon dan pembesar suara (loud speaker) mau orang ingat real,” katanya.

Antara bunyi enjin yang dihasilkan Muhammad Faiz ialah enjin kereta Ford Mustang, V8, Toyota GR Supra, V6 dan Honda Civic.

Baca juga: 20 tahun tertukar kerana salah tag nama masa lahir, pasangan kembar betulkan nama ayah pada IC

Muhammad Faiz dengan gaya bersahaja membuat bunyi-bunyian tersebut termasuk semasa enjin mula dihidupkan, mengambil selekoh dan menukar gear semasa pemanduan.

@zam.mok.alfathani Super Human Turbo Voice #carsoundswithmouth#carsoundguy#carsoundschallenge#beatbox♬ original sound - Zamir Alfathani

Video berdurasi lebih dua minit itu meraih lebih 500,000 tontonan dan 65,000 tanda suka.

Warganet rata-rata memuji bakat yang dimiliki Muhammad Faiz kerana mampu menghasilkan bunyi enjin seakan-akan sama dengan enjin sebenar.

Menurut Faiz, dia menggetarkan lidah menyebut hurut ‘R’ dalam menghasilkan bunyi enjin.

“Gunakan sebutan huruf ‘r’ itu untuk menghasilkan bunyi menukar gear.

“Kemudian langkah kedua ialah megehadkan bukaan bibir pada keluasan sekadar menghasilkan bunyi tersebut.

“Langkah seterusnya ialah menghasilkan bunyi mengikut masa dan menukar gear mengikut jenis kereta atau enjin,” katanya.

@faizizzansupra Gudluck making car sounds ☺️?##rallycar#mustang#jdmlife♬ bunyi asal - Muhammad Faiz Izzan

Bakat yang dimiliki Muhammad Faiz ini jarang-jarang dimiliki anak muda.

Lazimnya, ramai  yang berbakat yang menghasilkan bunyi beat box yang menggabungkan pelbagai instumen muzik.

Proses penghasilan bunyi beat box menggunakan mulut, lidah dan otot di sekeliling mulut termasuk rahang dan tekak.

Baca juga: [VIDEO]Fenomena 'mana mana rancak, berdosa!' jadi trend, suara abang lori tular

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Tiktok Zam Al-Fathani, Muhammad Faiz Izzan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca