BARU-baru ini tular perkongsian seorang wanita yang melakukan prosedur pembedahan lasik di Mesir kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna media sosial, TikTok @blackbeasty dan mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan dengan 151 ribu tanda suka.

Wanita berkenaan berkongsi kisah bahawa beliau sudah lama memakai spek mata semenjak di bangku sekolah rendah iaitu sewaktu usia tujuh tahun.

@blackybeasty Bestnya dah tak rabun and boleh nampak dunia! I pakai spect dari darjah 1 😭 sanggup fly to Egypt for lasik surgery sebab kat sana rm700 je meanwhile Malaysia per eye 6k 😎 #lasiksurgery #lasikeyesurgery #fyp #tiktokmalaysia #fypdongggggggg #rabun #fypgakni #lasikmata ♬ Somewhere Only We Know – s

Difahamkan, beliau pergi ke negara Arab itu semata-mata untuk melakukan prosedur lasik kerana kos pembedahan yang sangat murah.

Berkongsi perihal harga, wanita berkenaan turut menceritakan harga pembedahan hanya RM700 bagi kedua-dua belah mata untuk lasik jenis ‘smile lasik’.

Beliau yang mempunyai masalah rabun yang agak tinggi iaitu -850 dan silau -350 telah berjaya dirawat dan kini kedua-dua masalah penglihatan itu nilainya 0.

Baca juga: “Baru tahu seksanya rabun…” Penglihatan Elyana makin kabur

SinarPlus kemudiannya meninjau ruangan komen, rata-rata warganet tidak percaya akan harga yang amat murah itu.

“RM700 for both eyes??”

“Nak buat tapi takut”

“So siapa cakap duit tak boleh beli kebahagiaan?”

Ada juga warganet yang mempertikaikan tindakan wanita terbabit membuat pembedahan di Mesir seolah-olah kosnya sama seperti lakukan pembedahan lasik di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut wanita berkenaan dia memilih Mesir sebagai untuk membuat lasik kerana harganya di samping dapat juga bercuti dan berjalan ke luar negara.

Bagi seseorang yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun, sudah tentu golongan ini mengidamkan pandangan yang sempurna tanpa menggunakan apa-apa alatan seperti spek mata mahupun kanta sentuh.

Mungkin sesetengah golongan ini mahu merasa kehidupan sebagai manusia yang mampu melihat dengan jelas tanpa adanya bantuan alat penglihatan.

Berikut enam fakta mengenai pembedahan lasik, ini yang perlu diketahui:

Iklan

1. Kebanyakan prosedur lasik mencapai tahap penglihatan kekal sepenuhnya. Individu yang menjalankan pembedahan ini boleh menikmati kebebasan tanpa memerlukan cermin mata atau kanta sentuh.

2. Prosedur ini berfungsi membentuk semula kornea, lapisan luar yang jelas di hadapan mata untuk membetulkan sebarang ralat biasan yang menjejaskan penglihatan.

3. Kesan prosedur lasik secara amnya kekal. Justeru, sesetengah kes, prosedur susulan mungkin diperlukan jika bentuk kornea berubah atau jika rabun, hiperopia atau presbiopia mula bertambah teruk selepas pembedahan.

4. Lasik merupakan pembedahan yang agak cepat dan tidak menyakitkan.

5. Rawatan pemulihan hanya mengambil beberapa hari sahaja untuk pulih. Mereka yang membuat prosedur ini biasanya penglihatan akan bertambah jelas dan baik dapat dilihat serta-merta selepas rawatan.

6. Tidak semua orang boleh membuat rawatan lasik, mereka yang umur 18 tahun ke bawah, kornea tidak teratur atau nipis, kencing manis, masalah mata lain, seperti ‘lazy eyes’ tidak disyorkan untuk menerima prosedur ini.

Iklan

Sumber: Optometrists

Baca juga: Ibu menangis anak Syurga dilempang, dibuli di sekolah kerana rabun

Baca juga: Tip mudah rawat mata rabun, nombor 3 paling penting diamalkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan