[VIDEO]Anjing masuk kereta, 'mangsa' menggelupur nak kuar bikin dekah warga maya

A
A
A

BARU-BARU ini tular sebuah video di media sosial memaparkan gelagat seekor anjing ‘menumpang’ sebuah kereta dinaiki beberapa individu.

Situasi itu mencetuskan panik sehingga ada yang menjerit akibat terkejut.

Berdasarkan klip video yang turut dikongsi pengguna TikTok @ainasyzwna14, kelihatan anjing berwarna putih itu terus meluru masuk ke dalam sebuah kereta yang sedang terbuka pintunya.

Sebelum haiwan itu masuk, beberapa penumpang berada di dalam kenderaan terbabit sekali gus menimbulkan panik dalam kalangan mereka yang berada di dalam kereta tersebut.

Menerusi video tersebut, turut kedengaran jeritan beberapa individu yang berada di dalam kereta itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada masa sama, difahamkan haiwan itu juga menekan hon sehingga situasi di kawasan perumahan itu bertukar kecoh.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya geli hati melihat gelagat mangsa gangguan anjing berkenaan yang terperangkap di dalam kereta dengan hanya dapat menjerit meminta tolong.

[VIDEO]Anjing masuk kereta, 'mangsa' menggelupur nak kuar bikin dekah warga maya

Ujar mereka;

"Mungkin anjing orang bela, tuan dia selalu bawa jalan-jalan naik kereta, kena buang agaknya."

"Biasalah kalau musim ‘lockdown’ macam ni, anjing pun boleh naik bosan, sekali sekala main kejar-kejar apa salahnya."

Baca juga Digelar 'silent killer' oleh ketua kontinjen, niat promosi sukan boccia akhirnya genggam pingat perak

"Biasala tu nak berkawan."

"Anjing pun dah bosan main kat situ, ia suruhla bawak pegi jalan."

"Gelak besar aku dengar diorang menjerit. Minta maaflah!"

Video 'Tragedi 31 Ogos' itu telah mendapat 1.4 juta tontonan setakat ini namun lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

@ainasyzwna14Alkisah nak keluar beli barang bertukar tragedi? anjing ajak bergurau pulak!?? DONT WORRY TAKDE YANG CEDERA? ##foryourpage##buwatjer##viralmalaysia

♬ Oh No - Kreepa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca