[VIDEO]Bengkak kaki, Ustaz Kazim mohon doa buat ramai tersentuh

A
A
A

PENCERAMAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video di akaun Instagram miliknya dua hari lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan Ustaz Kazim berjalan menggunakan tongkat memperlihatkan kesukaran memijak pada kaki kiri beliau.

Difahamkan Ustaz Kazim sedang mengalami bengkak kaki.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya.

Perkongsian berkenaan ternyata buat ramai pengikut serta warga maya tersentuh dan rata-rata antara mereka menitipkan doa buat penceramah kesayangan ramai itu.

Bengkak kaki, Ustaz Kazim mohon doa buat ramai tersentuh

Ujar mereka;

"Ya ALLAH... semoga ALLAH kurniakan kesembuhan segera buat ustaz dan dikurniakan perlindungan dan peliharaan daripada segala perkara yang tidak elok."

"Semoga kembali sihat walafiat ya ustaz. Amin ya mujib."

"Allah, ustaz kesayangan kami. Kami doakan ustaz segera diberi kesembuhan."

Baca juga Bimbang pengaruh kanak-kanak, PU Rahmat mohon henti promosi Squid Game

"Semoga ustaz cepat sembuh seperti sedia kala. Saya dah merasa berjalan pakai tongkat memang susah sikit nak bergerak."

"Semoga ustaz sentiasa diberi perlindungan dari ALLAH SWT. Ustaz tetap semangat."

SinarPlus turut mendoakan Ustaz Kazim diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca