MENGUASAI bahasa asing amatlah digalakkan kerana ia akan memberikan kelebihan di dalam kehidupan
seharian kita.

Tidak dapat dinafikan pada zaman yang semakin canggih ini, kelebihan bertutur mahupun kefahaman
memang menjadi kelebihan kepada individu tersebut.

Biasanya yang kita ketahui sesetengah masyarakat kita fasih dalam bahasa Inggeris, Tamil dan
Mandarin namun agak berbeza dengan seorang gadis ini.

Gadis dikenali @ainsyawani itu berjaya mencuri tumpuan warganet apabila dilihat fasih bertutur
menggunakan tiga bahasa tersebut bersama warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menerusi perkongsian video di Twitter miliknya, dia berkongsi klip dirinya bertutur bersama
warga asing yang merangkumi Bahasa Hindi, Nepal dan Burma.

Apa yang menariknya, kemahiran pertuturannya dalam bahasa tersebut nyata amat memudahkan warga
asing dalam mendapatkan vaksin.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Saya ingin berkongsi video saya yang bertutur dalam bahasa Hindi, Nepal dan Burma!

“Saya akui bahasa Burma adalah yang paling sukar untuk dipelajari tetapi selagi mereka memahami,
saya sangat gembira!,” tulisnya.

Ain juga mengatakan warga asing yang dilayannya kelihatan gembira dengan layanan yang diberikan
selepas beliau mampu bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Iklan

“Sila dengarkan jawapan mereka, mereka sentiasa tersenyum sambil menjawab soalan saya,” ujarnya.

Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat kehebatan gadis tersebut bertutur
dalam pelbagai bahasa secara spontan.

Ujar mereka;

“Thank you for being so kind, my heart feels lighten watching you and i’m sure those you
attended to are feeling way happier.”

“You are such an inspiration! Im sure everyone who is watching this, is smiling too. Thank you
for sharing this with us! Question: How long it took for you to learn each languages?”

“Cute dan baik hati, we need more people like you..”

“Ikhlas laksanakan kerja dan senyuman manis itu mampu jadi pengubat at least buat diri sendiri.”

“This is so precious and pure! Thank you for taking the time to learn and make their day also!
I’m sure they appreciate you very much!”

Baca juga [VIDEO]Gadis ketuk-ketuk panggil kucing balik buat ramai teruja, lebih 4 juta tontonan

“Cuteeeee!!! they must felt so happy they found a local who can speak their language! You rock
girl.”

“Your approach is a wonderful inspiration and comfort to anyone who face challenges and
difficulties. Thank you. God bless you and keep you safe.”