[VIDEO]Gadis ketuk-ketuk panggil kucing balik buat ramai teruja, lebih 4 juta tontonan

[VIDEO]Gadis ketuk-ketuk panggil kucing balik buat ramai teruja, lebih 4 juta tontonan
[VIDEO]Gadis ketuk-ketuk panggil kucing balik buat ramai teruja, lebih 4 juta tontonan
A
A
A

KUCING antara haiwan peliharaan paling popular dalam kalangan masyarakat kita.

Selain sikap si bulus yang manja, gelagat nakal yang menghiburkan membuatkan jiwa si pencinta kucing

itu akan sentiasa tenang dan bahagia.

Betapa sayangnya pada kucing sehingga segelintir pemilik mengganggapnya sebahagian ahli keluarga,

malah diberi nama panggilan istimewa.

Malah sikapnya yang comel mampu menambat hati sesiapa pun tidak kira tua atau muda.

Seperti sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @acomz ini yang berjaya mencuri perhatian

ramai apabila menyaksikan telatah kucing peliharaannya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi video itu, dia menunjukkan cara memanggil kucing-kucingnya pulang daripada bermain pada

waktu petang.

Warga maya turut teruja kecomelan telatah kucing-kucing peliharaannya dengan cara ketuk-ketuk untuk

mereka makan apabila terlalu syok bermain dalam kebun kelapa sawit.

Kucing dimandulkan cenderung lebih sihat dan hidup lama, ini tip penjagaan selepas bedah

"Petang-petang ni diorang ukur kebun sawit dari depan sampai belakang selagi tak Maghrib tak sedar

diri.

"Hari ni tak nak kutip seekor-seekor. Cara panggil kucing malas malas sambil duduk pun boleh. Korang

panggil kucing korang petang-petang macam mana?" tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, warganet turut mengira sendiri kucing-kucing yang bertempiaran pulang melebihi 10 ekor

yang dijaganya dalam sebuah kawasan yang cukup besar.

Menjengah ruangan komen, warga maya meninggalkan pelbagai reaksi terhibur dan gelagat gadis berkenaan

memanggil kucing untuk makan.

Baca juga [VIDEO]Fenomena pemuda menari di lampu isyarat curi perhatian. Raih 5 juta tontonan

Ujar mereka;

"Dah boleh suruh diorang join Olimpik 2024 ni sis."

"Macam nilah agaknya rupa kita orang masa kat asrama kalau dinner lauk ayam."

"Banyaknya... pandainya pakat balik rumah."

"Jauh sungguh taman permainannya... cute betul tengok lintang pukang lari balik."

"Dah macam merentas desa budak felda. Hahaha!"

@acomzHarini tak nak kutip sekor sekor? Cara panggil kucing malas malas sambil duduk pon boleh. Korang panggil kucing korang petang petang mcm mana?

♬ original sound - Acomz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca