RINDU itu indah dan menyakitkan. Sesiapa yang melaluinya sahaja akan merasa keperitan.

Rindu tidak pernah kenal jarak dan usia. Rindu tidak kenal jantina dan punca.

Lebih-lebih lagi rindu pada yang tercinta.

Seperti yang terjadi kepada sebuah keluarga ini. Setahun bukan satu masa yang singkat terutamanya untuk anak kecil yang pasti sakit menanggung rindu buat si ayah.

Menerusi video yang dikongsi si ibu di Instagram @syazwana.sj_ ternyata perjalanannya dan anak-anak selama setahun itu amat memeritkan.

Ia turut membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya menitis air mata.

Kongsinya, video detik pertemuan dirinya dan dua anak perempuan selepas setahun terpisah antara Qatar dan Malaysia.

Dalam tempoh yang sangat panjang itu, hanya panggilan video sahaja pengubat mereka.

“Akhirnya, selepas setahun anak-anak menunggu kepulangan ayah. Rasa macam mimpi. Bermula PKP awal Mac 2020 ayah mereka balik Qatar, sampai lah sekarang February 2021 baru jumpa semula.

“Bayangkan sebelum ni tiap-tiap bulan balik namun disebabkan Covid-19 tak dapat balik. Asyik ulang-ulang kena bagitau anak-anak ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil empat dan lima tahun terpaksa kena faham.

“Plan asal tahun lepas memang suami, Akram nak balik awal bulan Feb sebab Covid-19 macam nak reda dah. Tiba-tiba angka naik balik dekat Malaysia. PKP2.0 pula. Jadi aku tak mengharap,” tulisnya.

[VIDEO]Detik pertemuan setelah setahun terpisah bikin warganet mengalir air mata

Syazwana betul-betul tidak menyangka suaminya memohon cuti.

Iklan

“Rupa-rupanya diam-diam Akram mohon cuti dn pengurusnya telah meluluskan!

“Dua hari before fly baru Akram bagitau aku. Masa tu aku tengah keje. Menggigil terus nangis. Aku blur… tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula-mula nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitau wife and mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi2 masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalau lah tetibe positif memang punah semuanya.

“Alhamdulillah, sehari sebelum balik suami buat swab test dan negatif. Jadi sampai Klia dapat kuarantin tujuh hari je kat Subang.

“Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggallah dua minggu untuk kami. Tupun cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.

“Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak-anak happy sangat-sangat sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik,” ujarnya.

Baca juga [VIDEO]Wahai suami, tidurlah satu katil dengan isteri

Syazwana turut berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Iklan

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan-kawan mungkin aku pun tak kuat.

“Bukan senang aku hidup sendiri bertiga dengan anak-anak tanpa Akram dan family. Family jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang-sorang. Since January 2017. Empat tahun dah.

“Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga dan kawan-kawan jadi semangat aku,” ujarnya.

Semoga ibu muda ini sentiasa kuat dan tabah. Ujian yang diberikan Allah kepada kita semua tidak sama.

Sumber: syazwana.sj_

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syazwana Jamal (@syazwana.sj_)