BARU-BARU ini tular sebuah video di aplikasi kegemaran ramai, TikTok seorang lelaki terjun ke Tasik Cermin di Ipoh, Perak.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan seolah-olah dia sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Video berdurasi kira-kira 15 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza itu mendapat perhatian ramai dan ada warga maya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan.

Orang ramai turut mempersoalkan kenapa lelaki itu berbuat sedemikian.

Ujar mereka;

“Pelik. Setahu saya Tasik Cermin tak selamat untuk terjun mandi. Jangan bukan-bukan wey. Terus jadi tempat larangan kang.”

“Pernah ternampak budak-budak mendayung dan bermandi-manda di situ.”

“Kalau tiada benda untuk diselamatkan dalam tasik itu, janganlah terjun. Elok nanti tempat ini jadi menarik nanti tukar jadi berhantu pula.”

“Orang Ipoh pun tak ada nak buat macam itu, tak pasal tempat ini tutup.”

Malah lebih memilukan tindakan individu terbabit turut boleh menyebabkan status kawasan itu sebagai Geotapak Kebangsaan Lembah Kinta (Geotapak) ditarik balik.

Gara-gara tindakan lelaki tersebut, tasik berkenaan telah pun ditutup buat sementara waktu kepada pengunjung.

[VIDEO]Tular lelaki terjun kini Tasik Cermin ditutup, status Geotapak boleh ditarik balik

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, ini fakta berkaitan;

1. Risiko itu terpaksa ditanggung kerana Tasik Cermin tersenarai sebagai 18 daripada khazanah Geotapak yang tidak wajar diperlakukan sewenang-wenangnya.

Iklan

2. Bukan saja-saja tidak dibenarkan mandi (terjun), namun kita perlu pelihara Tasik Cermin yang mana jika tidak, nanti statusnya sebagai Geotapak akan kena tarik.

Baca juga [VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut

3. Disebabkan itu (buat sementara) ia masih ditutup. Masyarakat harus sedar bahawa ini antara sumber alam yang perlu dijaga untuk generasi depan.

Iklan

4. Tindakan terjun adalah permulaan yang sangat-sangat tidak baik.

5. Pihaknya sedang giat mengesan individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu untuk tindakan lanjut.

@iamsyafiruzThank you 🥺 ##tasikcerminipoh ##WinnerWinnerMoment♬ suara asli – gabut woi