BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuah taman tema air di Subang Jaya.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada 6 November lalu turut menunjukkan aksi pengunjung-pengunjungnya yang sedang menari sakan di kolam air di kawasan tersebut.

Klip video pendek yang tular itu telah mencetuskan persoalan dan perdebatan ramai mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan itu termasuklah had kapisiti yang dibenarkan dalam satu masa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, polis akan menjalankan siasatan terperinci dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Sunway Lagoon dan Lost World Tambun dibuka esok!

Dalam satu kenyataan, pihak polis telah mengesan video tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook mengenai pelanggaran SOP di kawasan tersebut.

Katanya setakat ini, tiada sebarang laporan yang diterima pihaknya mengenai insiden ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati taman tema tersebut hanya boleh dimuatkan seramai 40,000 orang dalam satu masa. Manakala kapasiti mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pula, hanya separuh daripada kapasiti asal dibenarkan dalam satu masa.

Selain itu, hasil siasatan pada tarikh tersebut juga mendapati seramai 3,513 pengunjung telah direkodkan hadir di kawasan Taman Tema tersebut dan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci serta dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4.

Ujar Mohd Fairus lanjut, pihaknya juga turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk disalurkan kepada pihak berkuasa dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343.

Iklan

Menjengah ke laman sosial, rata-rata warga maya meluahkan perasaan tidak puas hati apabila melihat situasi sedemikian.

Dalam pada itu, ia turut menarik perhatian Pencetus Ummah Amin (PU Amin) yang tampil menegur tindakan pengunjung ke taman tema itu dan menyeru pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya.

Penceramah tersebut turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pengunjung yang bergaul secara bebas sambil menari-nari dan menyifatkan mereka seolah-olah lupa dengan wabak yang ada.

Iklan

“Mantap anak muda, berjoget-joget bersuka ria bagai Covid itu sudah tiada. Itu yang pertama, yang kedua, bagaikan Tuhan itu tiada mata, bagaikan siks dan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda orang Melayu Islam kita.

Baca juga [5 Gambar] Tong kicap dicemari bulu haiwan, botol kitar semula tak bersih, kilang 50 tahun diarah tutup

“Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang Tuhan turunkan kepada kita, itu sebab kita punya dosa lah tu. Seronok berjoget-joget, suka tu. Ya ALLAH.

“Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh, kau berjoget ramai-ramai macam tu dalam air. Mazhab mana ni? Takkan tak sekolah setengah tahun perangai teruk berubah macam tu. Apa cerita?” ujarnya menerusi video di posting Instagramnya.

Selain itu, PU Amin turut mengingatkan pengunjung sekiranya berlaku sebarang masalah di masa akan datang, ia adalah disebabkan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Aduhai, seram pula tengok macam tu kan? Kita tunggu sahajalah apa tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)