[VIDEO]Kakitangan KKM pujuk dua beranak Orang Asli Covid-19 bikin sebak

[VIDEO]Kakitangan KKM pujuk dua beranak Orang Asli Covid-19 bikin sebak
[VIDEO]Kakitangan KKM pujuk dua beranak Orang Asli Covid-19 bikin sebak
A
A
A

KEMATIAN demi kematian akibat Covid-19 amat menjentik emosi masyarakat.

Sana sini menerusi media sosial khususnya bekas pesakit dan ahli keluarga berkongsi bermacam-macam detik

dilalui apabila disahkan positif virus tersebut.

Tambah memilukan apabila ia melibatkan bayi yang masih kecil.

Seperti baru-baru ini tular sebuah video melibatkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang terpaksa mencari dan memujuk dua beranak masyarakat orang Asli yang disahkan positif Covid-19 di Kampung Orang Asli Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @thedressar1, lelaki itu lengkap berpakaian peralatan

perlindungan diri (PPE) yang terpaksa mendaki bukit dan meredah semak bagi mencari dua beranak tersebut.

"Ambil kes di kampung Orang Asli Langkap, bayi berumur sembilan bulan dan ibunya.

"Saya terpaksa panjat bukit tinggi dan cari rumah dia sebab line telefon tiada dan rumahnya di dalam dusun. Agak mencabar," ujarnya.

Dana MyHeroes berjumlah RM10 juta yang ramai tidak tahu, frontliner KKM berhak untuk tuntut

Katanya, setelah dipujuk akhirnya wanita tersebut bersetuju untuk ke hospital.

"Mujurlah dia nak bekerjasama dan ikut turun. Saya dapat pujuk dia untuk dibawa ke hospital. Ibu dan anak positif Covid-19. Semoga cepat sembuh semula bayi," doanya.

Ternyata klip video berdurasi 1 minit 6 saat itu amat menyentuh emosi warga maya yang sebak melihat situasi

berkenaan.

Ujar mereka;

"Untuk semua petugas, saya doakan moga kalian sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT."

"Covid-19 tak pilih mangsa, walaupun di puncak gunung Kinabalu sekalipun sebab manusia yang bawa dan tularkan."

"Semoga dipermudahkan urusan akak dan anak, ALLAH kesian tengok anak kecil positif Covid-19. Moga ada sinar buat kita semua."

Baca juga 10 tahun tunggu, jururawat pergi dulu sebelum tatap wajah bayi lelaki, akibat Covid-19 jangkit daripada pesakit

"Semoga ALLAH permudahkan kerja-kerja frontliner semua supaya kita dapat bebas daripada Covid-19 ini."

"Moga frontliner kita diberi kekuatan dan tabah menjalankan tugas. Penat ya memang penat hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian kelak. Be strong!"

Video berkenaan dimuat naik pada Jumaat lalu dan kini telah mendapat lebih 300,000 tontonan.

@thedressar1???

♬ Denting - Fadhilah Intan ✨

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca