[VIDEO]Kanopi terbang saat pengebumian, lelaki ini mohon doa

[VIDEO]Kanopi terbang saat pengebumian, lelaki ini mohon doa
December 25, 2020
Oleh Faezah Muda

BARU-BARU ini tular sebuah video memaparkan suasana kejadian angin kuat di sebuah kubur.

Menerusi video itu, sebuah kanopi dipasangkan ketika pengebumian namun kelihatan terbang sehingga berpusing di udara.


Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram @yusof_nasir.

Katanya, kejadian tersebut melibatkan adiknya yang bekerja sebagai penggali kubur.

“Kejadian ini telah melibatkan adik saya… dia cuma penggali kubur di kawasan ini dan menjalankan tugas sahaja.

“Segala apa yang terjadi pada arwah dan kejadian ini hanyalah rahsia Allah. Hanya Allah yang maha mengetahui,” tulisnya.

Yusof juga turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat adiknya yang cedera.

Iklan

“Adik saya mengalami patah tulang pinggul, rusuk dan tangan

“Mohon doa kawan-kawan dan sahabat handai untuk kesembuhan adik saya, terima kasih,” pohonnya.

Baca juga Menteri Agama rakam terima kasih saluran YouTube cecah 50,000 subscriber

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan arwah dan juga adiknya.

Iklan

raydapdap – Ya Allah Usop semoga di permudahkan urusan tau .. lain macam angin tu.

aidabaqi_al_ahmadi – Innalillahiwainnailaihirojiun… Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh… Semoga Allah jadikan kubur

arwah ni taman-taman syurga. Amin semoga adik tuan cepat sembuh.

myafiz – SyafakAllah buat adiknya… semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT.

pastelicecreambysrizza – Selalu kalau kat tempat saya angin lalu memang habis semua atap rumah tercabut. Bukan sekali, dua kali. Selalu jugak.

zoerieyzain – Astaghfirullahalazim. Kejadian Apakah ini?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by yusof nasir (@yusof_nasir)

Iklan