JASA ibu bapa tercinta tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa dan pengorbanan mereka, pasti tak akan terhitung.

Lebih daripada buih-buih di lautan, begitulah banyaknya jasa kedua-dua insan mulia itu terhadap kita.

Walaupun tidak terbalas segala apa yang telah diberikan kepada kita, sebagai anak sentiasalah membuat kebaikan untuk mereka. Contohnya sesekali berikan hadiah buat menggembirakan hati mereka.

Seperti sebuah video yang tular di aplikasi TikTok apabila seorang mak cik mendapat hadiah istimewa difahamkan daripada anaknya sempena hari lahir.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi video tersebut, mak cik itu kelihatan teruja menerima sebuah jambangan bunga dan belon.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila mak cik terbabit terkejut seusai sahaja memotong riben balon, beberapa kepingan duit terbang ke udara.

“Kenapa tak gam?” Spontan mak cik tersebut bertanya.

Bagaimanapun, pemilik video @dlovefa mengatakan wang yang terbang tersebut hanyalah duit palsu yang dicetak hanya untuk prank ibunya.

Suami tanggung dosa isteri

Iklan

Di hujung video itu, mak cik berkenaan turut diminta untuk menarik sekuntum bunga ros pada jambangan tersebut dan terdapat wang yang betul sebagai hadiah untuknya.

Reaksi mak cik tersebut menghiburkan ramai. Rata-rata warga maya turut mengatakan jika ‘surprise delivery’ macam itu seharusnya dibuka di bawah bumbung supaya tidak terbang.

Iklan

Ujar mereka;

“Sepatutnya nak bagi surprise benda macam ni kena safety. kesian mak cik tu, pasti dia sayangkan duit tu.”

“Duit dah pegang kat tangan, masih lagi tak puas hati duit yang terbang tu. Asyik tengok yang terbang tu je.”

Baca juga [VIDEO]Tular ‘kakak’ pejabat pos mengamuk, rupanya ini kejadian sebenar

“Mak cik tu cakap ‘kenapa tak gam?’ comel je…”

“Bukan rezeki tu walaupun dah depan mata. Tapi lah kan, first time tengok duit terbang.”

“Duit boleh cari, kasih sayang seorang emak susah untuk dicari.”

Sayangilah kedua ibu bapa selagi mereka masih ada.

@dlovefa##hahahahahahaha ##kesianmak ##ori video

♬ bunyi asal – D’lovefa