[VIDEO]Tular 'kakak' pejabat pos mengamuk, rupanya ini kejadian sebenar

A
A
A

SEMALAM tular di laman sosial sebuah video memaparkan seorang 'kakak' iaitu kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang sedang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia.

Video berdurasi 14 saat itu dikongsi di Facebook Anak Felda memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal untuk memasuki premis tersebut bagi urusan pasport.

Lebih menjadi perhatian ramai apabila kelihatan seorang kakitangan wanita mengamuk dengan meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Rupanya kehadiran mereka tanpa penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen di Klang, semalam adalah bertujuan mengambil pasport.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam dengan insiden ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu dimaklumkan pengurus pejabat pos berkenaan kepada polis.

[VIDEO]Tular 'kakak' pejabat pos mengamuk, rupanya ini kejadian sebenar

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal terdapat seramai 130 orang telah hadir ke pejabat berkenaan bagi mengambil pasport yang telah siap.

Baca juga ‘Mangga cinta’ dipotong, Puteri dan Atyl tular, cinta tidak dipersetujui…

Katanya, ini memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Cawangan Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

Ujar Shamsul Amar, sepasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah hadir di lokasi dan berjaya meredakan keadaan yang tidak terkawal itu.

Selain itu, tegasnya, pihaknya juga akan menugaskan pasukan tersebut di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca