[VIDEO]Lelaki 'sahkan' akad nikah sendiri bikin pecah perut

[VIDEO]Lelaki 'sahkan' akad nikah sendiri bikin pecah perut
[VIDEO]Lelaki 'sahkan' akad nikah sendiri bikin pecah perut
A
A
A

DETIK akad nikah bagi sesebuah perkahwinan sudah pastinya menjadi ingatan selamanya.

Bagi pengantin perempuan, ketika saat ijab dan kabul itulah masa yang sedih dan sebak kerana di situ proses penyerahan daripada ibu bapa atau penjaga melepaskan anak perempuan untuk dikahwini lelaki.

Ijab kabul juga adalah salah satu momen suci dalam perkahwinan, terutama bagi pengantin lelaki.

Bagi pengantin lelaki sudah tentu dilanda pelbagai perasaan ketika itu termasuk berdebar, gelabah dan sebagainya.

Seperti yang terjadi kepada seorang pengantin ini apabila dia mengesahkan sendiri akad nikahnya.

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna Instagram yang juga jurumekap @erinleolamakeupartist, lelaki tersebut segera menjawab 'sah' selepas tok kadi membaca lafaz nikah.

Kejadian tersebut membuatkan semua yang hadir berdekah ketawa dengan aksi spontan yang melucukan itu.

Pengantin lelaki yang berbusana biru lembut itu turut kelihatan malu dan tergelak sama dengan hadirin.

Apa yang turut mendapat perhatian ramai, si pengantin perempuan dan ibu yang sedang duduk di pelamin seakan tidak dapat berhenti ketawa.

Setakat ini video pendek itu telah mendapat lebih 120 ribu tontonan.

Baca juga Berehatlah wira, nyawa terkorban ketika bantu mangsa banjir

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memahami perasaan pengantin lelaki tersebut.

eyjaamanns_ - Gugup sangat tu nak dapat isteri.

aanwrrrrr_ - Saya gelak tengok kamu semua gelak.

jaja_marwan - Tok kadi warning 20 minit terus.

thesailorwife - Ini betul-betul sekali lafaz Sah!

naniroc - Weh baru nak sebakk sekali sah!!!

amiragilbert_ - Siapa yang pengantin sebenarnya haha. Sakit perut gelak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca