SELAMA tiga hari pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew bermusafir di Pahang dalam misi menyampaikan bantuan kepada penduduk dilanda banjir.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit sempat berkongsi perasaan hibanya apabila bot ditahan memohon bantuan ke hospital.

Beliau turut memuat naik satu video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan beliau mengangkat seorang warga emas dengan tujuan membantunya.

“Dalam perjalanan ke Kampung Mambang Pahang ada bot tahan saya minta bantuan tanya bagaimana nak bawa keluarga ke hospital Kuantan.

“Sakit tua dan parkinson. Kena naik bot dan kereta. Sebab rumah air dah naik dan jalan semua dah berair.

“Saya berbual sekejap dan terus dukung ke bot dan dukung ke kereta dengan dibantu ahli keluarga.

“Dalam ujian banjir ini ada ramai tadi saya tengok berulang alik ke hospital kena naik bot,” tulisnya.

Tambah lagi sayu apabila Ustaz Ebit turut mengatakan rindu kepada arwah ibunya.

“Klinik banyak tenggelam. Nurse bertugas dekat pusat bantuan.

“Baik mak cik ini. Sempat minta doa mak cik ini buat saya. Macam dukung mak sendiri. Rindu arwah mak. Semoga semua dalam keadaan selamat,” doanya.

Baca juga Musim banjir memang banyak risikonya. Waspada 4 risiko penyakit semasa dan selepas fenomena ini

Sementara itu, hari ini pula Ustaz Ebit meneruskan usaha bantuannya ke Johor.

Iklan

Beliau turut sempat menziarah isteri yang kehilangan suami dalam kejadian kereta hanyut baru-baru ini.

Iklan

“Sayu hati bila dengar saat banjir di Johor, seorang suami menyelamatkan isteri yang mengandung enam bulan diselamatkan suami dengan memecahkan cermin kereta ketika kereta hanyut dibawa arus deras. Baru berkahwin enam bulan. Ujian besar buat keluarga.

“Terus ke Simpang Kanan Batu Pahat ziarah ke rumah keluarga arwah Md Rajihan Junaidi. Berjumpa isterinya Khairunnisa dan kedua ibu bapanya.

“Berkongsi doa dan kata nasihat semangat. Meninggal lemas mendapat pahala syahid. Saat akhir berusaha sedaya mungkin menyelamatkan isteri. Berjuang
berkorban.

“Kata isterinya, sentiasa teringat saat dengan suami waktu kejadian. Suami pecahkan cermin dengan kaki. Bantu isteri. Isteri dapat memegang pagar dawai sebelum diselamatkan.

“Saya beri sedikit belanja buat isteri arwah. Dan juga beri sedikit sumbangan buat ibu bapa beliau. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus buat Md Rajihan dan beri kekuatan buat Khairunnisa dan ibu bapa arwah dan semua ahli keluarganya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)