[VIDEO] “Makcik steady!” Gelagat wanita bagi isyarat tangan buka laluan kepada ambulans raih perhatian warganet

A
A
A

AMBULANS mungkin membawa pesakit yang bertarung nyawa untuk mendapatkan rawatan segera di hospital.

Justeru, pengguna jalan raya perlu memberikan laluan kepada kenderaan itu tidak kira dalam apa jua situasi.

Namun tidak dinafikan wujud sesetengah pengguna jalan raya yang kurang memberi perhatian ambulans ketika dalam keadaan kecemasan.

Baca juga: Terpisah 24 Jam Lari Dari Debu Panas Gunung Berapi, Isteri Menangis Lihat Suami Masih Hidup

Tindakan seorang wanita yang membonceng sebuah motosikal baru-baru ini meraih perhatian ramai. Ia susulan tindakannya membantu memberikan isyarat agar kenderaan lain memberikan laluan kepada ambulans.

Baca juga: Smartwatch selamat nyawa pemuda, hubungi ambulans, keluarga selepas dilanggar lari

“Terima Kasih pada yg memberi laluan. Makcik steady,” tulis pengguna TikTok Asharp Tohir yang berkongsi video wanita berkenaan.

Video berkenaan meraih lebih setengah juta tontonan dan 51,000 tanda suka.

Warga maya rata-rata memuji tindakan wanita berkenaan yang membantu melicinkan lalu lintas ketika waktu kecemasan itu.

@asharpwayaTerima Kasih pada yg memberi laluan... Makcik steady.. ##ambulans##ambulancedriver##ambulansmalaysia cc : @w_mora93♬ Rihanna Umbrella - ???????? ?????

Walau secebis kebaikan akan dinilai ALLAH

Comel lah makcik

Seperti terlatih

Terima kasih abang dan kakak

Makcik cute di situ

Bonus di akhirat

Memberikan laluan kepada ambulans di waktu genting adalah tanggungjawab kita semua.

Apa salahnya memberikan kerjasama kepada frontliners. Tidak rugi pun kalau kita bersikap bertimbang rasa kerana mungkin sedikit pengorbanan yang kita lalukan itu boleh menyelamatkan satu nyawa.

Baca juga: [VIDEO] “Keladi mak dah viral..” Pokok keladi saiz gergasi belakang rumah tinggi dari bumbung

Baca juga: [VIDEO] Meremang, Frontliner Terima Panggilan Misteri Rumah Kosong, Rupanya Pesakit…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Tiktok Asharp Tohir

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca