[VIDEO]"Mula-mula seram, lama-lama baran dibuatnya"- Abang lori terjah cari pengetuk bikin meremang

03
03
A
A
A

KEHIDUPAN seorang pemandu lori sudah pastinya penuh dengan pengalaman pahit dan manis.

Mana tidaknya, kerjanya yang tidak mengira siang atau malam, janji barangan yang dibawa sampai ke destinasi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Tambah lagi apabila bertugas pada waktu malam pasti pelbagai cabaran perlu ditempuhi sapanjang perjalanan.

Seperti yang dilalui seorang pemuda ini apabila dia berdepan dengan gangguan mistik ketika berhenti rehat di tepi jalan.

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok miliknya @gagakdirimbareal, kedengaran dengan jelas lorinya diketuk berkali-kali.

Dia mengakui pada mulanya ketukan itu menyeramkan, namun apabila diganggu banyak kali perasaannya bertukar menjadi geram.

"Mula-mula seram, lama-lama baran jugak dibuatnya," tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

misteri makanan hilang Misteri - Gambar sekadar hiasan.

Apa yang membuatkan ramai meremang bulu roma apabila dia dengan berani bertindak turun daripada lori dan terjah ke kawasan sekitar untuk melihat siapa yang mengetuk.

Dengan lafaz Bismillah, pemuda tersebut terus menyuluh ke seluruh kawasan.

"Kali ke dua dah mengetuk ni, ganggu orang tidur. Tadi tengok tiada siapa. Kalau benda alah tu, ingat aku berani sangat ke? Agaknya angin la tu..." ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut merasa seram dan memberikan pelbagai andaian dengan situasi tersebut.

Ujar mereka;

"Abang tidur sambil dengar surah Ruqyah atau ayat Kursi di telefon, letak aplikasinya."

"Bang jangan keluar kalau boleh, takut tu trick nak menyamun ke apa ke... bahaya zaman sekarang ni."

Baca juga Remaja cuba curi tabung masjid diperintah jalani khidmat sosial 120 jam, ibu akui khilaf

"Cakap kat dia "sekali dah lah. Lebih-lebih siapa nak layan."

"Undur sikit abang lori tu... cari kat bawah tak ada, dia ada kat atas kepala.'

"Bro ketuk balik... lawan ketuk, dia penat dia kalah la tu ketuk."

@gagakdirimbareal mula² seram, lama² baran jugak dibuatnye! ? #kisahseramabanglori#abanglori#tiktoktruckers#foryoupage#seram#fyp♬ bunyi asal - Gagak Dirimba Real

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca