[VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

Pernah menderita ‘Germ Cell Tumor’ , adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan
Pernah menderita ‘Germ Cell Tumor’ , adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan
A
A
A

MASIH ingatkah korang kepada seorang bayi yang menghidapi ketumbuhan di mulut?

Sebelum ini, kisah bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah menjadi perhatian seluruh rakyat negara apabila menderita kanser ‘Germ Cell Tumor’ di mulut.

Kisah bayi kesayangan Malaysia tersebut turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri dan akhirnya dibedah di London.

Kini selepas 18 bulan pembedahan, adik Ainul Mardhiah semakin aktif seperti kanak-kanak lain dan sudah pandai berjalan!

Alhamdulillah untuk perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sangat positif.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh ibunya, Nurul Erwani melalui sebuah perkongsian video di Instagram.

Menerusi video itu, kelihatan adik Ainul Mardhiah berjalan-jalan di kawasan beranda rumahnya dengan kapsyen "Ainul sekarang dah pandai kemas rumah tolong mama sejak-sejak dah laju berjalan ni."

Baca juga Sayang ibu… Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan adik Ainul Mardhiah dan memberi kata-kata semangat.

Kata mereka;

yatiezelani - Alhamdulillah syukur... Ainul membesar dengan baik yer.

wanie_nsap - Haish, Tak pernah jemula tengok awak ni Ainul... Geram.

aliaosman - Omei nomeinya Ainul jalan hati hati naaa...

rabiaamat - Alhamdulillah gembira lihat perkembangan Ainul.

nursyafinazk - Comel la Ainul ni pandai dia tolong mama.

ashmawati - Alhamdulillah... Semoga terus sihat ye sayang.

oherinsandra - Alahai comei jeee, dah bejalan ye sekarang. Alhamdulillah. Semoga Ainul membesar dengan baik sihat dan jadi anak yang solehah dunia akhirat.

SinarPlus turut mendoakan semoga adik Ainul Mardhiah diberikan kesihatan yang terbaik, InsyaAllah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca