HUJUNG Disember lalu, kempen ‘1 keluarga 1 laptop’ diiringi dengan misi cabaran #botakchallenge yang dilaksanakan selama lima hari oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berakhir dengan meraih kejayaan yang luar biasa.

Usaha itu adalah untuk mengumpul RM200,000 bagi tujuan membeli komputer riba bagi keluarga susah di kawasan Parlimennya melebihi daripada apa yang beliau sasarkan.

Justeru, kini tiba masanya Syed Saddiq sudah bersedia menunaikan janjinya itu kepada rakyat Muar.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, beliau tampil muat naik satu video TikTok sambil memegang sebuah laptop di tangannya.

Nampaknya beliau sudah bersiap sedia bersama dengan beberapa laptop yang dijanjikan untuk diagihkan kepada mereka yang layak.

Video yang berlatarbelakangkan lagu Abang Jago tersebut memaparkan beliau menari dengan penuh semangat.

Artikel berkaitan: #botakchallenge: Syed Saddiq berjaya kumpul RM383,000, mama restu Saddiq botak demi rakyat

Iklan

Katanya, Skuad Botak Muar sedia berkhidmat.

“Kalau orang Parlimen Muar perlukan bantuan laptop, klik link di profile saya. Bantuan Foodbank pun masih berjalan, dan apa-apa bantuan lain, kami sedia berkhidmat! bit.ly/mohon1keluarga1laptop ” tulisnya.

Iklan

Video spontan itu juga disertai dua pembantu beliau yang juga kelihatan botak.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji beliau cute dengan aksi bersahaja itu.

aishahshafikahhhhh – Cute lah YB.

_nizfuentez – Aku seja ka risau laptop tu jatuh.

shael.dendeng – Terbaik laa YB! Tak pernah berhenti berkhidmat! Terbaekkkkkk!

myantsyia – hahaha nasib YB comel.

sweet_aptx – The way he dances so cute.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)