KEMATIAN aktres Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong mendapat perhatian ramai.

Kisah kematian tragis yang masih menjadi tanda tanya itu dikatakan akan dimuktamadkan Jumaat ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

 

Namun, warga maya tetap percaya kematian Tangmo bukan kemalangan sebaliknya mangsa pembunuhan terancang.

Malah pelbagai petunjuk diperoleh dalam usaha merungkai misteri kematian itu menerusi pelbagai teori yang wujud.

Dalam kesedihan dengan episod kematian tersebut, seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila tampil membuat solekan wajah persis pelakon kesayangan ramai itu.

Menerusi perkongsian video di TikTok @mekdinda, ternyata hasil solekan wanita itu sangat cantik dan ‘menjadi’.

Tulisnya di ruangan kapsyen,” meleleh air mata rakam video ini.”

Baca juga #SiBibirMerah Suspek mengaku bawa bot laju ‘bunuh’ Tangmo, VVIP menginap hotel berhampiran sungai jadi tanda tanya

[VIDEO]"Wow perfect, Tangmo duplicate" - Ramai kagum solekan wanita persis mendiang

Iklan

Kini video tersebut telah mendapat lebih 4.5 juta tontotan sejak dimuat naik semalam serta hampir 6,000 komen daripada warga maya.

Rata-rata memuji dengan hasil solekan berkenaan dan dia turut mendapat banyak ucapan terima kasih daripada warganet negara Thailand.

Iklan

Ujar mereka;

“Banyak TikTok make up mendiang Tangmo ni yang saya rasa paling sama.”

“Cantik! Hat ni betoi iras sungguh.”

“Woooow perfect, Tangmo duplicate.”

Baca juga #SiBibirMerah Kematian tragis Tangmo Nida, warganet berang ibu terima permohonan maaf, pampasan RM3.8 juta

“Thanks for love Tangmo very beautiful look like Tangmo.”

“You are so beautiful. Thank you to love Nida.”

@mekdinda.comolod meleleh ayaq mataaaa Record Video ni tak fyp taktau ah.. base mekap pakai @LEVSKIN HQ #tongmonida #tongmoviral #transformationchallenge #fyp ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI