Wanita bersalin dalam lori tengah highway, bayi tak bergerak. Doktor lalui detik cemas beri khidmat terbaik
PROSES bersalin adalah situasi cemas yang melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan bayi. Apabila tiba waktu minggu ke-37 sampai ke-42 kehamilan, ibu akan melalui proses kelahiran tidak kira di mana lokasinya seperti wanita ini yang terpaksa bersalin di dalam lori di tengah-tengah lebuh raya.
Perkongsian pegawai perubatan, Dr Aliff Zaki menerusi laman sosial X menerima hampir 5,000 tanda suka. Ujarnya, ia adalah pengalaman memberikan perkhidmatan sepanjang hayat.
Bertugas di klinik, beliau menerima panggilan kecemasan dan terus bergerak bersama dua jururawat, bersiap sedia mengendalikan proses kelahiran berkenaan.
"Dapat panggilan ada kes hendak bersalin dalam lori. Lokasi LPT Kilometer 121 menghala ke Kuantan.
"Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst.
"Dalam ambulans masing-masing berteka teki apakah keadaan ibu?dah bersalin ke belum? Kalau dah, keadaan baby macam mana?" kongsinya.
Ketibaannya di lokasi disambut dua orang pegawai polis trafik yang jaga lalu lintas.
"Pintu lori terbuka luas. Nampak di rumput pakaian yang berlumuran darah dan najis.
"Saya bertanya kepada pasangan, katanya ada di dalam lori, di tempat duduk belakang.
"Memanjat lori bersaiz Optimus Prime, nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu sedang memejamkan mata dan ada jasad kecil di celah paha. Hati saya berdebar dan menegur si ibu.
“Puan, boleh dengar saya cakap? Buka mata boleh”. Si ibu membuka mata dan menyahut “Ya dengar”. Hati lega.
"Mata beralih pula kepada si anak, nampak tak bergerak. Alamak.
"Saya pegang kaki bayi dan jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar. Saya teruskan prosedur memotong tali pusat dan lain-lain. Bayi saya bungkus dengan kain tuala dan bawa keluar dari lori," kongsinya.
Selesai Dr Aliff memeriksa keadaan pesakit, kes diambil alih. Dua jururawat menguruskan si ibu untuk prosedur seterusnya.
"Pesakit diambil alih oleh Jururawat Berdaftar Sue yang mencuci darah, memeriksa tahap koyakan dan membersihkan ibu setakat boleh.
"Manakala Jururawat Masyarakat Azlina menunggu diluar untuk keperluan lain-lain.
"Ambulan yang kami naiki selesai membuat pusingan U. Ibu dan bayi menaiki ambulans dan meneruskan perjalanan ke dewan bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang (HoSHAS) diteruskan.
"Terima kasih pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT), anggota polis trafik dan kaki tangan wad bersalin HoSHAS kerana memudahkan urusan," kongsinya.
Menerusi hantaran di X, Dr Aliff berkongsi beberapa foto bersama bayi dan kaki tangan yang bertugas.
Warga maya terharu dengan kisah yang dikongsi mengucapkan terima kasih kepada staf yang berkhidmat. Tidak kurang juga yang berkongsi cerita mengalami situasi kelahiran yang mencemaskan.
- "Memang rare lokasi dalam surat beranak. Apa pun syukur selamat."
- "Alhamdulillah. Terbaik pasukan kesihatan."
- "Tabik dekat kakak tu, dalam keadaan sarat pun boleh larat lagi panjat naik lori. Alhamdulillah kedua-dua selamat."
- "Terima kasih atas jasa tuan, puan jururawat dan semua abang trafik yang membantu. Kalian the best!"
- "Ini adalah bukti yang penjawat awam terutama staff KKM dan anggota PDRM sangat profesional dan terlatih. Thanks for your services."
Baca juga: Wanita harungi detik cemas, bersalin dalam kereta beberapa jam selepas hospital minta balik ke rumah
Baca juga: Baru bergerak 2km ke hospital, wanita bersalin dalam kereta raih perhatian warganet
TANDA-TANDA BERSALIN
Apakah petanda waktu bersalin anda sudah hampir? Awas! Usah terpedaya dengan tanda bersalin palsu. Berikut lima perkara bakal ibu perlu peka:
Rasa ringan
Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan.
Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
Rembesan mukus
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda.
Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
Kontraksi
Semasa kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut.
Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin.
Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang.
Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
Baca juga: Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak
Air ketuban pecah
Ini tanda tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan.
Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Mudah membuang air besar
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama.
Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!
Sumber:" target="_blank" rel="noopener"> X alepzaki, Hello Doktor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang