"Wey 'hantu' pun pergi vaksin" - individu pakai kostum puntianak jadi tumpuan

A
A
A

Jangan lupa follow kami di Instagram!

BERMACAM-MACAM ragam orang ramai dapat dilihat ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Ada kisah melucukan, tak kurang juga yang mengharukan.

Misalnya, dipercayai di PPV Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, Sabah menjadi gamat apabila munculnya 'puntianak' yang hadir untuk mendapatkan dos vaksin.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna dikenali Martin Bee di laman sosial Facebook, individu yang menyarungkan kostum hantu tersebut tampak ceria dan bersemangat.

Bukan itu sahaja, beliau juga kelihatan teruja untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Biarpun tampil berambut panjang, gigi taring menyeramkan yang ditampal pada pelitup muka termasuk baju berlumuran darah, namun kehadirannya mencuit hati serta mendapat tepukan para petugas dan penerima vaksin di sana.

Masing-masing terhibur dengan sikapnya yang sporting menyarungkan penampilan sedemikian.

Pun begitu, identiti individu itu tidak dapat dikenal pasti.

Setakat artikel ini ditulis hantaran itu mendapat lebih 14,000 share dan pelbagai komen daripada warganet.

Kata mereka:

"Macam syok juga ada hiburan time tunggu giliran."

"Hahaha... bikin kasi hibur itu para petugas di sana."

"Wey hantu pun pergi vaksin!"

Baca juga “Pakcik dah maafkan” – warga emas lapang dada, maafkan influencer

"Yang pakai topeng Ironman pun takut nampak ni oi!!."

"Sekali IC pun memang macam puntianak hahaha..."

Aduhai, macam-macam ragam!. Apapun, bagi yang belum mendapat giliran slot janji temu diharapkan bersabar ya. #staysafe.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca