'Cikgu Farah Kartini sangat baik.' Bekas pelajar kongsi chat arwah, sempat nasihat cari kawan boleh dipercayai

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN graduan Universiti Perguruan Sultan Idris, Nur Farah Kartini cukup menyayat hati. Tular di laman sosial TikTok nasihat yang dititipkan buat bekas anak didiknya yang menyentuh hati.

Pengguna laman sosial itu yang dikenali sebagai Tasya mendedahkan beliau adalah bekas pelajar Nur Farah Kartini berkongsi paparan mesej berbentuk kata-kata positif arwah yang dikirim arwah berkaitan persahabatan.

"Indeed, my teacher Cikgu Farah Kartini was very kind. This world didn't deserve her...," luah Tasya sedih kehilangan bekas gurunya pada ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Nur Farah mengingatkan bekas pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada ketika itu agar tidak takut tiada ramai kawan dan mencari lingkungan pergaulan baik.

"Cikgu nak awak sentiasa kuat. Jangan sedih-sedih tau. Awak nak hadapi peperiksaan SPM nanti, fokus belajar.

Artikel Berkaitan:

"Kalau takut tak ada kawan, awak cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tak ada, cari yang hanya sekadar kawan bagi awak. Maksudnya bila masa dia ada, adalah tu. Kalau tak ada, biarkan dia.

No Image Caption

"Awak cuma perlu cari circle yang sesuai dengan diri awak jer. Orang kita tak boleh nilai kerana manusia cepat berubah," kongsi arwah.

Kepada pelajar berkenaan, Nur Farah turut menasihatkan Tasya untuk memfokuskan kepada masa depan dan bersedia mendengar luahan bekas pelajarnya itu.

"Semua sudah besar kan? Sekarang ini fasa membina masa hadapan. Tak kisahlah bagaimana orang sekeliling kita, yang penting itu diri kita. Bila berjaya suatu hari nanti, akan jumpa lagi ramai orang tau.

"Sekarang ni, kalau rasa alone is better, teruskan. Tapi, satu cikgu pesan, jangan memendam perasaan sangat. Tidak baik untuk emosi, sekurang-kurangnya cari orang yang boleh dipercayai untuk awak luahkan apa yang dirasakan.

"Cikgu doakan yang terbaik! Cikgu percaya awak pelajar yang baik. Kalau awak nak share cerita dengan cikgu pun, cikgu okay je," kongsinya.

No Image Caption

Perkongsian bekas pelajar Nur Farah Kartini itu cukup menyentuh hati dan membuatkan ramai merasakan ketulusan hati arwah. Tidak kurang yang menitiskan air mata! Ujar mereka:

"Dia dengar luahan orang namun tiada siapa mendengar luahannya. Syurga tempatmu Nur Farah Kartini."

"Sedihnya baca, Semoga tenang di sana Allahyarhamah Nur Farah Kartini."

"Deep sangat nasihat dia, tulus dan ikhlas."

"Allahuakbar, sedih bila ramai mula menceritakan yang baik tentang arwah, moga syurga buatnya."

"Baca ayat-ayatnya pun tahu arwah baik, such a wise advice! Semoga tenang di sana. Mungkin dunia realiti tidak berpihak pada awak, moga awak tenang di sana. Al-Fatihah

Terdahulu, mayat Nur Farah ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada pukul 6 petang, Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai.

Lebih memilukan, jasad wanita itu dikatakan hampir reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kecederaan yang dialami mangsa masih belum dapat ditentukan susulan ia sudah mereput pada muka dan dada.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: ntasyalv

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang