1 beg darah boleh selamatkan 3 nyawa, Pusat Perubatan Sunway ajak orang ramai untuk terus menderma darah

A
A
A

DEMI kebaikan bersama, Pusat Perubatan Sunway menggalakkan orang ramai untuk terus menderma darah bagi membantu melanjutkan jangka hayat pesakit yang memerlukan.

Pakar Perunding Haematologi dan Pakar Perubatan Transplantasi di hospital tersebut, Dr Ho Kim Wah berkata, pendermaan darah sangat penting untuk membantu pesakit hematologi seperti leukemia dan talasemia.

“Usaha berterusan sangat penting untuk mereka yang mengalami masalah darah khususnya disebabkan keturunan atau menghidap kanser darah.

“Ini kerana sumsum tulang mereka sudah tidak dapat menghasilkan semula sel darah yang sihat secara semula jadi bagi membolehkan badan berfungsi seperti biasa,” katanya.

derma darah

Pada masa sama, beliau berpandangan bahawa bekalan darah yang rendah boleh mengakibatkan rawatan darah yang tidak suboptimal untuk pesakit hematologi.

“Mereka mungkin mengalami gangguan dari segi fungsi organ, pertumbuhan yang lemah, komplikasi daripada extramedullaryhaematopoiesis (pembentukan dan pengaktifan sel darah di luar sumsum tulang sebagai tindak balas kepada tekanan hematopoietik (pembentukan darah) serta kualiti hidup yang rendah.

 

“Dalam situasi yang serius, transfusi suboptimum akibat bekalan darah yang tidak mencukupi turut boleh menyebabkan kematian. Itu antara perkara yang wajar kita ambil peduli,” terang beliau.

derma darah

RISIKO DERMA DARAH

Dr Kim Wah turut menegaskan, satu beg darah yang didermakan orang ramai boleh menyelamatkan tiga nyawa.

Justeru, beliau menggalakkan individu yang sihat dan mempunyai berat badan ideal untuk berbuat demikian kerana risiko menderma darah adalah minimum.

derma darah

Baca juga Lelaki derma darah paling kerap, 632 kali dalam 30 tahun diiktiraf Malaysia Book of Record

Proses pemindahan darah masa kini merupakan prosedur yang selamat.

Pun begitu, ia bergantung kepada individu kerana mungkin berdepan gangguan kesihatan seperti alahan, demam menggigil atau sakit pinggang.

"Dalam apa jua keadaan, jika pesakit mengalami simptom seperti sakit dada, berpeluh, gatal, sesak nafas atau kurang selesa, mereka atau penjaga harus melaporkan kepada jururawat atau doktor dengan segera," nasihatnya.

derma darah

Baca juga Manfaat derma darah yang anda tak tahu, rugi kalau abaikan

Terdahulu, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada enam bulan pertama tahun 2023 dengan catatan 59,244 penderma baharu.

Sehingga 26 Jun lalu, darah yang diterima setiap hari di seluruh negara adalah sebanyak 1,287 beg bersamaan dengan purata 1,858 beg bagi tempoh tujuh hari.

Jumlah penderma darah baharu bagaimanapun mengalami trend menurun disebabkan penularan wabak yang melanda negara pada tahun 2020 dan 2021.

derma darah

Bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan pada tahun lepas dengan 120,929 penderma baharu berbanding dengan 96,702 orang (2021) dan 115,606 individu pada tahun 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca