‘2 zaman 1 jiwa.’ SofeaRose semarakkan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan Maya Karin, Srikandi Tun Fatimah

JIKA ditanya kepada anak kecil pada hari ini, siapa tokoh Tanah Melayu yang dikenali, pasti nama Mat Kilau antara yang terpacul daripada mulut mereka.

Itu pun barangkali hasil populariti filem Mat Kilau yang diangkat oleh pengarahnya, Syamsul Yusof yang menjadi sebuah naskhah hebat dan paling laris di Malaysia.

Baca ni SofeaRose dedikasi koleksi Carissa Leilani yang menawan untuk pejuang kanser payudara

Pun begitu, bukan hanya kaum lelaki yang mencurahkan khidmat bakti, sebaliknya kaum wanita juga tidak terkecuali, namun tidak didedahkan secara menyeluruh.

Mengikut Sejarah Melayu, Antara sosok berkarisma yang terkenal dengan ilmu pertahanan diri dan bijak dari aspek kepimpinan ialah Tun Fatimah.

maya karin

Justeru, buat julung kalinya, jenama popular hijab masa kini, SofeaRose menjulang perjuangan srikandi zaman purba itu dengan melancarkan koleksi khas berkolaboratif bersama pelakon popular, Maya Karin.

Koleksi SofeaRose X Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah juga adalah bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

Baca lagi ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Pemilik nama sebenar, Maya Karin Roelcke mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu.

Malah, beliau sendiri pernah membawa watak Tun Fatimah di pentas teater sebelum ini.

Mengulas mengenai kerjasama dengan jenama besar itu, Maya berkata, koleksi baharu tersebut akan menampilkan empat siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni.

 

HIDUPKAN JIWA KEPAHLAWANAN

Lebih istimewa, keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu.

“Adalah mudah untuk lari daripada tanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara kita, tetapi saya rasa lebih baik dan lebih mulia jika kita dapat cari semangat untuk mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanah air ini selama mungkin,” ujarnya.

Iklan

Baca lagi ‘Bunga abah, saya suka panggilan tu.’ Kongsi gambar baby, rupanya ramai tak tahu Syafiq Farhain kini bergelar ayah 

sofearose
Farrah Aina Sofian Sauri

Dalam pada itu, menurut Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri, pihaknya teruja apabila dapat mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis pada suatu masa dahulu.

“Pada masa sama, kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut beliau, koleksi SofeaRose x Maya Karin: Srikandi Tun Fatimah telah dilancarkan di semua butik SofeaRose dan secara dalam talian bermula 1 Ogos lalu.

Baca lagi ‘Arwah abah letak syarat kepada suami…’. tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapa

Iklan
maya
maya

Ia menampilkan tiga koleksi tudung bercorak, satu tudung sulam dan tiga beg jinjing (tote bag).

“Koleksi edisi terhad itu diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat serta kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia,” ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang