20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

A
A
A

SELEBRITI masakan, Khairul Aming makin slim dan bergaya. Rupanya dalam masa 12 bulan 2023 ini, beliau diam-diam menurunkan berat badan. Paling best, impian usahawan sambal itu tercapai apabila berjaya mengurangkan 20 kilogram (kg)!

Semua dilakukan dengan pemakanan seimbang, kalori defisit dan senaman. Beliau dalam satu video yang dimuat naik di X berkongsi rahsia perjalanannya susut 20 kilogram (kg) berat badan sejak Januari lalu.

Bermula dengan berat badan 113kg, pempengaruh berketinggian 184 sentimeter itu mengakui terdorong untuk menurunkan berat badan kerana bajunya mula ketat dan mudah penat sewaktu berjalan.

"Saya susut 20kg pada 2023. Bermula dengan berat 113 kg dan turun ke 93kg. Hilang 20kg memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Sekarang dah mula rasa fit and senang nak buat kerja seharian.

JANUARI

Aming bermula dengan mengawal corak pemakanan termasuk saiz hidangan dan memilih masakan tidak berminyak.

Dalam video dikongsikan, beliau mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan menimbang makanan untuk memastikan wujud pengurangan kalori atau kalori defisit.

"Aku cuba masak yang mana aku boleh masak dan nasi semua aku masih makan tapi aku timbang untuk pastikan kalori defisit tu ada setiap hari.

"Jangan suruh aku berhenti makan nasi, aku tak boleh buat, kita duduk Malaysia kena makan nasi," katanya.

FEBRUARI & MAC

Selepas sebulan menjaga pemakanan, pengasas Sambat Nyet itu mula menambah rutin senaman.

Aming turut mengambil pendekatan lain dengan mengunjungi gimnasium yang disediakan di kawasan rumahnya pada bulan Februari.

Sebulan kemudian, anak kelahiran Kelantan itu memberanikan diri untuk pergi ke pusat kecergasan awam dan menggunakan mesin dan perkakas angkat berat.

APRIL

Menjelang bulan April, bekas jurutera itu terus kental dengan misinya. Pada bulan Ramadan lalu, beliau mengupah jurulatih kecergasan.

"Bulan empat aku upah personal trainer untuk belajar cara senaman dan postur yang betul.

"Ketika itu bulan puasa, walaupun sibuk memasak untuk kandungan 30 hari 30 resipi sebenarnya aku ke gimnasium setiap hari dan menjaga pemakanan," ujar KA.

Baca juga: Sedapnya tom yam ‘goong’ Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

Baca juga: ‘Macam tu je sale dia naik.’ Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

Baca juga: Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan

MEI

Lima bulan selepas memulakan misi kurus, KA mula muat baju lama. Beliau mengakui gembira dan merasakan kecergasan dan stamina diri semakin meningkat.

"Bulan Mei baru perasan aku dah muat kembali baju-baju lama. Ketika itu timbul perasaan yang tidak boleh digambarkan."

"Bukan sebab muat pakai baju lama tetapi rasa fit dan happy. Keluar rumah tidak lagi megah. Ia adalah progres yang membuatkan rasa sangat puas hati," katanya.

JUN, JULAI & OGOS

Tiga bulan berikutnya, influencer yang terkenal dengan tagline 'hey wassup guys' itu meneruskan rutin yang sama namun mengalami kenaikan berat badan.

"Walaupun selepas ke Hatyai naik 1 hingga 2kg tetapi berat turun semula.

"Paling penting kita kena jaga rutin dan kawal pemakanan," ujarnya berkongsi tip.

Baca juga: 'Teruskan belajar, jaga adab.'Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

SEPTEMBER

Menjelang bulan kelahirannya pada September, Khairul Aming menitipkan rasa gembira kerana impiannya terlaksana.

"Pada hari jadi ke-30, Alhamdulillah tercapai impian. Bila masuk umur 30 badan terjaga sikit.

"Rutin itu saya lakukan sehingga ke hari ini. Makan pun sekarang tidak perlu timbang macam awal dulu sebab sudah boleh beradaptasi dan menganggar berapa kalori yang sesuai setiap hari.

"Alhamdulillah it's been a long year, long journey. Memenatkan. Nak nangis pun ada tapi harap result kali ini berkekalan dan aku boleh istiqamah

"Say hello to the new Khairul Aming," ujarnya.

Dalam pada itu, Aming turut menasihati orang ramai yang ingin melakukan perubahan diri bagi tahun 2024 untuk sentiasa bersabar dalam diet pemakanan mereka.

Lebih-lebih perkara itu mengambil waktu yang lama untuk menampakkan hasil.

"Selama ini aku banyak share resipi dan lokasi kedai makan untuk support peniaga.

"Kali ini aku nak korang support sama-sama jaga kesihatan tahun 2024 ni.

"Kalau nak turunkan berat kena sabar sebab ia tak akan terjadi dalam masa satu malam. Tapi dari hari ke hari akan nampak result nanti.

"I wish you all the best, semoga berjaya pada tahun 2024, trust the process," ujarnya.

Ciapan Aming memberikan inspirasi kepada warga maya. Malah ramai yang turut berkongsi 'progress' masing-masing dalam menurunkan berat badan.

- "Saya bangga dengan KA. Terbaik, teruskan inspirasi untuk semua. Makin semangat nak workout dan jaga makan."

- "Insya-ALLAH raya tahun depan pakai size M."

- "Alhamdulillah, tahniah KA! Hopefully lebih ramai rakyat Malaysia inspired to be in a healthy lifestyle."

- "This is so inspirational. I should be thinking of my goals and not my daily life struggles so much. Thank you for sharing your transformation with us!"

Sumber: " target="_blank" rel="noopener">X Khairul Aming

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca