Ada perkaitan antara makan sosej dan kanser jika...

No Image Caption
A
A
A

RAMAI dalam kalangan kita yang mempunyai salah tafsiran kerana beranggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar.

Kalau korang nak tahu, ia salah sama sekali.

Sebenarnya, sosej adalah sejenis makanan yang terproses dan mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu seperti berikut:

1. Tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kepada kanser)

2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)

3. Tinggi bahan pengawet

4. Boleh meningkatkan tahap kolesterol 'jahat' dalam badan

5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Lebih membimbangkan, kandungan mikro nutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

Berisiko mendapat kanser

Isu pemakanan dan kanser sebenarnya telah tercetus sejak tahun 1981 lagi yang mana Doll dan Peto telah berjaya membuktikan terdapat perkaitan antara pemakanan dan kanser.

Hal ini terjadi disebabkan oleh bahan pengawet yang terdapat dalam daging terproses yang berupaya untuk mempengaruhi kerosakan DNA. Kajian yang dilakukan di barat, pengambilan sebanyak 50 gram daging terproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17 peratus.

Artikel berkaitan: AWAS pencinta Nugget, bukan hanya mampu menggemukkan, malah ia diperbuat daripada lemak dan tulang ayam sahaja!

Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang yang menghidap barah usus, kira-kira 16,000 orang mati akibatnya dalam setahun. Yang pasti, amalan memakan sosej satu atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus sebanyak 20 peratus!

Korang… Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian termasuk anak-anak di rumah.

Jadi, fikir dahulu sebelum makan kerana pengusaha sosej mencampurkan sebanyak 20 peratus daging ayam atau daging lembu. Ia juga dimasukkan bersama dengan 80 peratus bahan lain seperti kulit ayam, tulang dan lemak ayam ditambah dengan tepung dan bahan perasa dalam pembuatan sosej.

Semoga info di atas memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca