TULANG yang sihat membantu seseorang untuk bergerak aktif dalam melakukan aktiviti harian.

Penjagaan bahagian tubuh itu dengan baik memberi keseimbangan kepada postur dan stamina seseorang.

Penuaan, diet tidak seimbang dan kekurangan vitamin D boleh menyebabkan tulang menjadi lemah atau keadaan yang dipanggil sebagai osteoporosis.

SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

Situasi itu bagaimanapun boleh dipulihkan dengan pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman.

Times of India menyenaraikan 10 minuman yang boleh membantu seseorang mendapat tulang yang kuat secara semula jadi. Antaranya:

SUMBER Charlotte May daripada PEXELS.

1. Susu

Kita biasa dengar kebaikan susu untuk tulang.

Minuman tersebut mengandungi lemak sihat dan tinggi kandungan kalsium.

 

2. Smoothie daripada sayuran hijau

Sayuran hijau kaya dengan nutrien seperti antioksidan, vitamin dan mineral.

Menambah sayur-sayuran ke dalam diet harian secara tidak langsung membantu tulang untuk mendapat manfaat kalsium dan vitamin D.

SUMBER jenvit keiwalinsarid daripada PEXELS.

3. Air rebusan tulang

Penyediaan air rebusan tulang kambing atau biri-biri meningkatkan imuniti tubuh dan menyumbang kepada tulang yang sihat.

Hal ini kerana kolagen dan mineral daripada hidangan itu boleh meningkatkan densiti tulang.

Baca juga: ‘Sel kanser belum sampai ke otak’, Chef Wan selesai kemo tulang belakang

Baca juga: Masalah tulang belakang bengkok boleh terjadi seawal usia kanak-kanak lagi. Ini langkah pencegahan boleh diambil

4. Jus tomato

Pengambilan jus tomato dalam kuantiti sederhana juga boleh mengurangkan risiko kerosakan tulang.

Hal ini kerana, minuman tersebut tinggi kandungan lycopene yang merupakan sumber antioksidan kepada tubuh.

Pun begitu, pengambilan terlalu banyak hidangan jus tomato boleh menyumbangkan kepada pembentukan batu dalam buah pinggang.

SUMBER Sebastian Coman Photography daripada PEXELS.

5. Smoothie beri dan yogurt

Buah beri kaya dengan antioksidan dan jika diambil bersama yogurt yang mengandungi probiotik dan kalsium, ia membantu kesihatan tulang.

6. Jus oren

Iklan

Jus oren secara semula jadi tinggi dengan vitamin C yang meningkatkan penyerapan vitamin dan mineral seperti vitamin D ke dalam tulang.

7. Teh herba

Teh herba seperti nettle tea dan horsetail tea mengandungi mineral yang menyokong kesihatan tulang.

SUMBER Life Of Pix daripada PEXELS.

8. Oat dan kekacang

Protein dan nutrien dalam hidangan oat dan kekacang penting untuk pembaharuan tisu dan tulang.

9. Smoothie badam, susu dan kurma

Smoothie yang sihat merupakan sumber kalsium dan magnesium yang baik untuk tulang.

Baca juga: Hentikan gurauan tarik kerusi, mangsa boleh cedera tulang belakang, lumpuh

Iklan
SUMBER Robin Kumar Biswa daripada PEXELS.

10. Lassi

Lassi yang dibuat dengan dadih adalah sumber kalsium dan probiotik yang menyokong penyerapan nutrien dan meningkatkan tahap vitamin D.

Bukan itu sahaja, dadih dan yogurt menjadikan alternatif yang sihat kepada susu bagi mereka yang mengalami intoleransi laktosa.

Selain pemakanan yang sihat, perubahan dari segi gaya hidup juga membantu seseorang memelihara tulang.

Kerap bersenam dan berhenti merokok membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik secara menyeluruh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!