Anak anda alami cirit-birit, muntah dan sakit perut? Perhatikan gejalanya. Ia mungkin petanda gastroenteritis akut
GOLONGAN kanak-kanak mudah terdedah kepada penyakit.
Pernahkah anak anda mengalami cirit-birit atau muntah-muntah?
Menurut " target="_blank" rel="noopener">MedTweetMY, gejala tersebut mungkin petanda si kecil mengalami gastroenteritis akut.
Gastroenteritis akut seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia adalah peradangan pada perut dan usus.
Ia sering disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
Kata " target="_blank" rel="noopener">MedTweetMY, situasi itu menyebabkan pelbagai gejala gastrointestinal termasuk cirit-birit, muntah dan sakit perut.
“Kanak-kanak mudah mendapat gastroenteritis akut kerana sistem imun mereka masih dalam proses perkembangan dan maturasi.
“Pelbagai faktor seperti amalan kebersihan yang tidak mencukupi, pengambilan makanan atau air yang tercemar dan sentuhan rapat dengan individu yang sakit atau persekitaran yang tercemar merupakan pencetus utama,” katanya menerusi aplikasi X.
DEHIDRASI
Ibu bapa perlu memantau gejala-gejala yang mungkin dihadapi oleh anak-anak termasuk cirit-birit (berair, berlendir atau mengandungi darah), muntah, loya, sakit perut, demam, dan hilang selera makan.
Gejala boleh berlaku secara tiba-tiba dan berterusan selama beberapa hari. Ia menyebabkan ketidakselesaan dan kesengsaraan kepada kanak-kanak.
Jelas " target="_blank" rel="noopener">MedTweetMY, rawatan adalah untuk mengurangkan gejala, mencegah dehidrasi dan menyokong pemulihan kanak-kanak.
“Penjagaan hidrasi badan adalah sangat penting dan larutan penghidratan oral (ORS) disyorkan untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang.
“Galakkan meminum ORS, air masak atau cecair jernih secara kerap.“Elakan makanan pepejal yang berat untuk mengelakkan iritasi perut yang lebih teruk,” katanya.
Dalam kes dehidrasi yang teruk atau muntah yang berterusan, pesakit memerlukan cecair intravena dan kemasukan ke wad.
Pemberian probiotik dan antibiotik juga diperlukan oleh segelintir pesakit.
Baca juga: Jangan ambil mudah jika terkena cirit-birit, air perlu cukup elak kerosakan ginjal
Tambah " target="_blank" rel="noopener">MedTweetMY terdapat pelbagai jenis ubat untuk kurangkan cirit-birit namun ia seharusnya dipantau oleh doktor.
Komplikasi yang utama permasalahan tersebut ialah dehidrasi badan yang boleh berlaku dengan cepat jika kanak-kanak tersebut tidak dapat minum dengan secukupnya.
Tanda-tanda seperti mulut dan bibir kering, mata cekung, kurang air kencing atau kencing berwarna gelap, lesu, mudah marah dan air mata yang berkurangan semasa menangis.
Baca juga: Demam, batuk, cirit selepas mandi kolam, ini risiko mak ayah perlu tahu
Berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang dicadangkan " target="_blank" rel="noopener">MedTweetMY untuk membantu melindungi anak anda dari penyakit ini:
- Amalkan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan terutama sebelum makan.
2. Pastikan makanan dan minuman bersih dan dimasak.
3. Elakkan sentuhan dengan orang yang sakit.
4. Perhatikan kebersihan lingkungan supaya makanan tidak tercemar.
5. Berikan vaksinasi yang sesuai untuk perlindungan.
Bersempena hari pertama persekolahan hari ini dan puasa yang bermula esok, SinarPlus nasihatkan supaya ibu ayah ambil perhatian tentang kesihatan anak-anak.
Sekiranya si manja menunjukkan gejala seperti yang dinyatakan, segera bawa mereka untuk dapatkan rawatan segera.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang