Anak terkena sawan, ibu sanggup mengayuh basikal jemput ambulans pada waktu malam

No Image Caption
A
A
A

IBU mana yang tak sayangkan anak, kan. Waima digigit nyamuk sekalipun pasti sosok seorang ibu tidak akan membenarkan dan sanggup berjaga sepanjang malam.

Apatah lagi kalau seorang anak diuji dengan penyakit, pasti ibu, insan yang paling risau sebab tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berusaha untuk mengubatinya dengan menghantar ke hospital. Lebih-lebih lagi apabila si anak menghidap penyakit yang mengundang bahaya seperti sawan.

Demikian kes yang berlaku semalam apabila tular satu video di media sosial seorang ibu sanggup mengayuh basikal pada waktu malam untuk mendapatkan rawatan buat si anak.

Sebelum itu, pihak hospital menerima panggilan kecemasan daripada seorang ibu yang kerisauan kerana anaknya mengalami sawan. Lantas, pihak hospital bergegas ke lokasi yang diberitahu.

Sampai sahaja ambulans di sana, rupa-rupanya tersalah tempat. Ini kerana rumah yang didiami keluarga itu sangat jauh ke pedalaman.

Lantaran itu, si ibu memberitahu ‘landmark’ terdekat untuk memudahkan ambulans mencari kampungnya.

Yang membuatkan kisah ini lebih menyayat hati apabila si ibu dengn kudrat yang tidak seberapa sanggup mengayuh basikal lebih kurang 15 hingga 20 minit tempohnya untuk menjemput ambulans.

Bahkan, beliau terpaksa meredah kegelapan semata-mata untuk menyelamatkan anaknya yang sedang sakit.

Sampai sahaja wanita ini untuk menjemput pihak ambulans, si ibu terlihat sangat lelah sambil tercungap-cungap mencari nafas.

Artikel Berkaitan:


Walaupun dalam keadaan sukar, beliau sempat meminta maaf kepada petugas ambulans kerana lambat menjemput mereka.

Petugas ambulans yang juga pemilik Tiktok @danialhaikall_ ada mengajak wanita ini naik ambulans tersebut tapi pelawaannya ditolak.

Bayangkan pada satu malam ibu ini mengayuh hampir satu jam untuk memastikan anaknya mendapat rawatan yang terbaik.

Dikatakan pula, rumah yang diduduki ibu ini jauh ke kawasan ladang kelapa sawit, tak boleh bayangkan keadaan jalan yang tidak rata serta haiwan berbisa berkeliaran pada waktu malam yang boleh bahayakan dirinya.

Hebatnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu. Semoga semua ibu di dunia ini diberikan kesihatan yang berpanjangan .

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang