Tak perlu ragu, ANESSA krim pelindung sesuai untuk semua jenis kulit. Tampilkan watak Doraemon, Dorami yang ceria

ANESSA, jenama terkemuka Jepun baru-baru ini melancarkan dua krim pelindung matahari edisi terhad dalam reka bentuk watak popular animasi, Doraemon.

Ia terdiri daripada ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Milk (Doraemon) dan ANESSA Perfect UV Sunscreen Skincare Mild Milk (Dorami).

Label di bawah kelolaan Shiseido Corporation itu dalam satu kenyataan media berkata, UV Sunscreen Skincare Milk dirumus dengan Auto Booster Technology yang bertindak balas terhadap peluh, air, haba dan lembapan udara untuk melindungi sinaran ultraviolet yang kuat pada kulit.

BACA JUGA: Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

BACA JUGA: R+B baru saja perkenal gel pembersih muka, scrub wajah dan badan antiselulit, pelembap dan krim badan antiselulit

“Selain itu, produk tersebut membantu menghasilkan kulit yang cantik berseri, sangat ringan dan mudah digunakan dalam kehidupan seharian,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Perfect UV Sunscreen Skincare Mild Milk pula dirumus dengan Smooth Protect Technology.

Iklan

“Inovasi ini akan memberikan rasa licin dan selesa pada kulit tanpa sebarang beban.

“Ia juga bebas daripada bahan tambahan, bebas pewangi dan pewarna serta mempunyai formula hypoallergenic yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit,” ujar kenyataan itu lagi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!