Anggota tentera maut dipercayai didera. Ibu dedah arwah mahu kahwin awal untuk pindah bilik. 'Angah tak tahan, nak berhenti…’

No Image Caption
A
A
A

TRAGEDI hitam menyelubungi dunia ketenteraan apabila seorang anggota tentera maut dipercayai didera oleh anggota senior sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman.

Ibu kepada Prebet Muhammad Muqriz Aseri menyifatkan anak lelakinya itu amat meminati bidang ketenteraan dan berjaya menjejakkan kaki ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Disember 2023 selepas dua kali mencuba nasib.

Muhammad Muqriz yang berkhidmat di Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, Sarawak sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin awal kerana tidak mahu tinggal di bilik bujang.

Namun, Nor Azlina Zambri berkata, anak lelakinya itu tidak pernah berkongsi cerita lebih lanjut, sebaliknya hanya tersenyum dan menyifatkannya sekadar gurauan.

“Angah (Muhammad Muqriz) pernah bergurau mahu berkahwin awal kerana tidak mahu tinggal di bilik bujang di kem tempat dia bertugas. Apabila ditanya, dia hanya cakap tiada apa-apa dan hanya bergurau saja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain keinginannya untuk berkahwin, anak kedua daripada empat adik-beradik itu juga tidak pernah bercerita tentang kejadian yang dilaluinya sepanjang berkhidmat dalam tentera, termasuk di 20 RAMD.

Namun, luahan Muhammad Muqriz, yang mesra disapa Angah, tentang ketidakselesaannya di kem selepas seminggu ditempatkan di sana seakan menjadi petanda awal bahawa arwah mungkin menjadi mangsa buli.

“Angah sudah bertugas selama 10 bulan di kem berkenaan dan tidak pernah bercerita apa-apa. Cuma seminggu selepas ditempatkan di Sarawak, dia ada mengadu tidak tahan dan mahu berhenti secara baik.

“Kami memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya supaya dia terus kuat. Tidak lama selepas itu, arwah beritahu semua sudah okay,” katanya.

Lebih menyayat hati, kenangan terakhir bersama Allahyarham ialah ketika anaknya itu pulang bercuti selama 10 hari dan berkesempatan menjalani ibadah puasa bersama keluarga.

Walaupun kehilangan itu amat perit bagi keluarga, Nor Azlina reda dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan ATM, sambil berharap tragedi seperti ini tidak akan berulang kepada mana-mana anggota lain.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Aseri Ismail, tidak pernah menyatakan kekesalan membenarkan anak lelakinya menyertai ATM, malah berbangga dengan pencapaian anaknya meskipun pemergiannya begitu menyedihkan.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa punca kematian prebet berusia 21 tahun itu adalah akibat trauma tumpul pada bahagian dada.


Lebih bermakna, episod kali ini yang berlangsung di Chef Kecik Boulangerie @ Tuah 1895 Bukit Bintang menampilkan YB Datuk Seri Nancy Shukri sebagai tetamu jemputan.

Wanita berjiwa besar yang berasal dari kampung itu kini berdiri megah sebagai pemimpin di arena politik tanah air. Ketahui bagaimana perjalanan beliau menakluk cabaran hingga mampu berdiri sebaris dalam gelanggang parlimen? Semuanya bakal dikongsikan secara eksklusif!

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu bukan sahaja bijak dan berwibawa, malah anggun dalam setiap langkahnya.

Bersama beliau selebriti versatil, Ain Edruce yang tetap bertenaga dan bersahaja meskipun sedang sarat mengandung, memastikan sesi ini penuh warna dan gelak tawa!

Turut memeriahkan suasana, Sissy Imann, penyanyi berbakat besar yang menyerikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa dengan suaranya yang unik dan memukau.

Dalam meraikan hari penuh makna itu, bagaimana pula pandangan lelaki terhadap perjuangan kaum hawa? Da’i Izzhar Nazri tampil berkongsi perspektifnya.

Jangan ketinggalan! Mari bersama-sama meraikan kehebatan wanita dalam satu perbualan penuh inspirasi!" />

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan mangsa yang sedang tidur di berek bujang telah dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur pada jam 2.15 pagi Isnin.

Sebelum bersahur, dua senior terbabit mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’, iaitu pacak kepala di lantai dengan tangan ke belakang selama dua minit serta tekan tubi sebanyak 20 kali.

Tidak lama kemudian, arwah dipercayai pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.

Jenazah Muhammad Muqriz diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Petaling Jaya pada jam 11.55 malam semalam.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang