ANOTHERSOLE, jenama kasut dari Singapura membuka cawangan pertamanya di negara ini dengan memilih gedung serbaneka mewah yang pertama dan terbesar di Malaysia, Seibu, The Exchange TRX minggu lalu.

Pengasasnya, Benny Chee berkata, kehadiran jenama yang mula diasaskan pada tahun 2016 itu diyakini dapat memenuhi kehendak rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk, namun masih mementingkan kualiti dan reka bentuk sepatu yang disarung.

“Produk signatur kami seperti kasut kulit flat bertali, Anytime termasuk beg mini ANEW tersedia untuk dipakai dalam apa juga gaya, busana dan majlis.

anothersole

Mengulas lanjut, Benny berkata, rangkaian produk mereka menggunakan kulit jenis polietilena tetrafit yang dikitar semula dan yang diperoleh dari kilang kulit yang diiktiraf.

Baca juga 3 rekaan terbaharu Skechers GOrun dengan ciri teknologi keselesaan dipertingkatkan, memang puas hati

“Selain itu, alas kasut kami juga ergonomik, mesra bumi dan baru sahaja dipertingkatkan dengan menggunakan etilena vinil asetat,” katanya.

anothersole

anothersole

Selaras dengan falsafah, Make Good, Do Good, Anothersole menyalurkan 10 peratus daripada keuntungan jualan produk kepada beberapa pertubuhan amal kanak-kanak yang dipilih di seluruh dunia.

 

Baca juga LARRIE perkenal 2 pelapik kaki khas untuk penjagaan kaki, baiki postur badan, kurangkan ketegangan & stabilkan tumit

Iklan

Sempena ulang tahun jenama mewah itu juga, diskaun sebanyak 40 peratus untuk item kedua diberi kepada pelanggan.

anothersole

anothersole

Iklan

Promosi tersebut berakhir pada 31 Disember ini. Untuk info lanjut, boleh layari https://intl.anothersole.com/pages/kl-store.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang