Arnab bakar, ikan temoleh bakar sajian jarang jumpa di La‘Cottage Cafe and Chalet. Orang memang beratur panjang

A
A
A

PADA setiap hujung minggu, La‘Cottage Cafe and Chalet yang terletak di Jalan Menduk Sahom, Kampung Sahom, Kampar, Perak sentiasa dilimpahi dengan pengunjung.

Konsep berkelah di tengah sungai sepanjang 2 kilometer dengan meja, kerusi dan payung besar yang diusahakan pasangan suami isteri, Muhamad Yakob Ariffin dan isterinya, Noradila Safie sangat digemari ramai.

Muhamad Yakob memberitahu, premis beliau juga bersifat privasi dan eksklusif kerana tempat duduk hanya diberikan kepada pengunjung yang membuat tempahan awal sahaja.

Usahawan berusia 38 tahun itu menambah, mereka juga mempertaruhkan gabungan menu autentik popular Kedah dan Perak pada era 1980-an bagi memastikan pelanggan pulang dengan rasa puas hati.

Daripada semua sajian yang disediakan, Muhamad Yakob berkata, Ayam Rama-Ramai Percik yang merupakan menu signatur La‘Cottage Cafe and Chalet menjadi rebutan ramai.

“Istimewanya, kuah percik yang disediakan kami memang pekat dan likat ditambah adunan ramuan rempah berkualiti yang diperap selama 24 jam sebelum dibakar.

La‘Cottage Cafe and Chalet

“Lauk itu biasanya digandingkan dengan nasi kukus yang dibungkus daun teratai liar yang bukan sahaja menaikkan aroma, tetapi menyelerakan. Cuma untuk menu nasi tersebut, ia hanya dibuka untuk musim tertentu sahaja,“ ujarnya.

Selain itu, premis unik berkenaan turut menyediakan satu lagi sajian yang jarang didengar iaitu Sulur Batang Pisang Hutan Masak Kari.

“Kalau sebut masakan itu, mesti anak muda zaman sekarang tak pernah dengar dan akan rasa pelik. Namun, itulah hidangan yang menjadi pilihan ramai.

La‘Cottage Cafe and Chalet

“Resipi kari dengan ramuan tersendiri daripada kami memiliki rasa tersendiri dan alhamdulillah ramai yang suka makan,“ katanya yang mengambil stok sulur batang pisang hutan dari kawasan kaki bukit berhampiran.

Tidak cukup dengan itu, La‘Cottage Cafe and Chalet turut menyediakan satu lagi makanan yang jarang dijumpai iaitu ikan temoleh bakar dan arnab bakar.

 

“Untuk mendapatkan spesies ikan ini bukannya mudah, ikut nasib sebenarnya. Bagi mereka yang kebetulan dapat makan ketika stok ada, memang bertuah. Set arnab bakar kami juga antara menu laku keras," ujarnya.

Baca juga Makan piza, masakan Melayu-Jawa sambil halwa mata melihat panorama air sungai nan indah

Menariknya, pada musim buah durian, premis berkenaan akan menawarkan raja buah itu pada harga menarik.

Sememangnya tidak rugi jika pembaca SinarPlus bertandang ke sana kerana 17 buah chalet yang selesa boleh didiami.

La‘Cottage Cafe and Chalet

“Pengunjung bukan sahaja boleh berkelah dan mandi-manda, bahkan boleh memancing dan menjala ikan di sungai. Kami juga menyediakan dua kolam renang,“ katanya.

La‘Cottage Cafe and Chalet

Alamat: Jalan Menduk Sahom,Kampung Sahom, Kampar, Perak

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Ayam Rama-Rama Percik, Sulur Batang Pisang Hutan Masak Kari dan ikan temoleh bakar

Pakej harga: Bermula RM150

Facebook: La‘Cottage Cafe and Chalet

Instagram: @lacottagecafeandchalet

La‘Cottage Cafe and Chalet

#jomsinggah

KONSEP makan di tengah sungai nampaknya semakin menjadi ikutan di beberapa pengusaha di negeri-negeri tertentu.

Menjadikan premis masing-masing berbeza adalah dari segi menu yang ditawarkan.

Baca juga Berkelah di tepi padang golf. Pendekatan baharu sajian Miang Pla Ikan Siakap di Kelantan tarik perhatian ramai

Untuk La'Cottage Cafe and Chalet, mereka menyediakan menu yang jarang didengari oleh generasi muda.

Bagaimana pula di destinasi-destinasi lain? Berikut SinarPlus senaraikan lokasi yang mungkin berhampiran dengan anda:

La‘Cottage Cafe and Chalet

Castella cafe

Alamat: Sungai Beruk, Kampung Padang Stang, Gerik, Perak

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Set tenggalan dan nasi buluh

Pakej harga: Bermula RM15 hingga RM300

Facebook: Castella cafe

Instagram: @castellacafe

La‘Cottage Cafe and Chalet

Dusun Tok Wak Desa Sentosa

Alamat: Kampung Kuala Kedua, Ulu Legong, Mukim Siong, Baling, Kedah

Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Menu signatur: Gulai Daging Umbut Pisang

Pakej harga: Bermula RM35 hingga RM220 (seorang)

Facebook: Dusun Tok Wak Desa Sentosa

La‘Cottage Cafe and Chalet

Bbq Lamb KL Kemensah

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, Ampang, Selangor

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7 malam

Menu signatur: Set kambing bakar

Pakej harga: Bermula RM38 hingga RM280

Facebook: Bbq Lamb KL Kemensah

Instagram: @Bbqlambklkemensah

La‘Cottage Cafe and Chalet

Dusun Durian Teratak Chu Tiah

Alamat: Sungai Kechik, Changlun, Kedah

Waktu operasi: 10 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Ayam bakar perangin, gulai daging rebung dan sup kambing

Pakej harga: Bermula RM6 hingga RM250

Facebook: Dusun durian teratak chu tiah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca