Awas! Virus, kulat akan membiak pada berus mekap yang tak dibersihkan. Wanita kena berwaspada

A
A
A

GOLONGAN wanita dan mekap tidak dapat dipisahkan.

Berus dan span lazimnya digunakan untuk mengoles solekan pada wajah.

Peralatan tersebut bagaimanapun perlu dibersihkan supaya ia selamat untuk kulit.

Daily Mail melaporkan, kaji selidik yang dijalankan ke atas 1,000 orang individu mendapati, 45 peratus responden tidak pernah mencuci berus foundation mereka.

Tinjauan Beauty Pie tersebut turut mendapati lebih separuh daripada mereka pula tidak pernah membersihkan beauty blender.

mekap SUMBER Marcelo Moreira daripada PEXELS.

VIRUS, KULAT MEMBIAK

Imej makro menunjukkan pembentukan sisa solekan dan minyak yang melekat pada berus dan span tersebut.

Ahli mikrobiologi Universiti Salford, Dr Joe Latimer berkata, kulit merupakan ekosistem kepada pelbagai bakteria, kulat dan virus.

Baca juga: Mekap tahan hingga 12 jam dengan PIXY Perfect Fit Two-Way Cake. Senang, tak perlu guna foundation

 

Organ terbesar pada tubuh manusia lazimnya mengekalkan keseimbangan mikroorganisma tersebut.

“Bakteria membantu mengekalkan kulit yang sihat dan melindunginya daripada jangkitan.

“Pun begitu, jika bilangannya terlalu banyak, ia boleh menyebabkan masalah seperti jerawat, radang dan jangkitan,” kata beliau.

Mekap SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

Penggunaan peralatan mekap yang tidak dicuci secara berterusan boleh mencetuskan masalah tersebut.

Ujar pakar tersebut lagi, sebahagian bakteria yang ada pada kulit akan berpindah pada berus, span atau kain yang digunakan untuk bersolek.

Begitu juga dengan tisu kulit mati dan sisa solekan yang akan terkumpul pada peralatan tersebut.

Kelembapan pada bahan itu memudahkan virus dan kulat untuk membiak.

“Membersihkan alat solek secara kerap dan menyimpannya di tempat yang bersih serta kering adalah cara terbaik untuk menghindar kuman daripada merebak,” katanya.

MEKAP SUMBER Mart Production daripada PEXELS.

PANDUAN PEMBERSIHAN

Sementara itu, Hello Doktor menggariskan cara untuk membersihkan berus mekap yang digunakan setiap hari.

Berikut langkah-langkah yang dicadangkan laman perubatan tersebut:

1. Basahkan berus dalam air suam. Elakkan membasahkan pemegang berus kerana air akan melonggarkan gam pada pemegang berus dan menjadikannya mudah tercabut.

2. Picit sedikit sabun atau syampu di telapak tangan dan cuci berus dengan cecair pencuci tersebut.

Tambah sedikit air untuk memastikan ia dicuci dengan sempurna.

3. Perah sabun keluar daripada berus dengan lembut.

4. Jika masih terdapat sisa mekap pada berus, ulangi langkah dua dan tiga sehingga berus benar-benar bersih.

5. Bilas berus di bawah air yang mengalir.

6. Tekan berus untuk mengeluarkan air pada alat tersebut. Jangan tekan terlalu kuat.

7. Letakkan berus pada permukaan yang rata dan bersih untuk membiarkannya kering.

Baca juga: Wanita pakai mekap, perokok, individu tak sihat dan cirit-birit jangan sentuh bayi. Ini mungkin terjadi

Baca juga: Tip mekap simple tapi tetap cantik. Nombor 4 tu kena elakkan jika tidak mahu hidung bercapuk!

mekap SUMBER Dids daripada PEXELS.

Bila baca laporan ini, admin terus nak bersihkan alat solekan. Padanlah kadang-kadang naik jerawat tak semena-mena.

Anda pun sama ya, ikuti panduan yang kami kongsikan. Ingat, kebersihan asas kepada kesihatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca