JIWA retro dalam diri Sharifah Faezah Syed Khecik Al Kadry telah mendorongnya mewujudkan sebuah destinasi makan-makan era 1940-an yang penuh nostalgia.

Sharifah Faezah tersenyum bangga apabila premisnya, Ngulang Kopitiam yang terletak di Jalan Jejawi-Dato Kayaman, Kampung Ngulang, Kangar, Perlis itu kini telah menjadi salah satu lokasi wajib singgah bagi kebanyakan penduduk lokal untuk bersarapan pagi dan makan tengah hari.

Bukan setakat menu viral yang dicari, reka bentuk rumah lama yang ditransisikan dengan dekorasi barangan antik membuatkan pengunjung teruja kerana berasakan seolah-olah berada dalam suasana era sebelum merdeka.

“Dari zaman muda lagi saya sudah mula kumpul barangan antik. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan lebih kurang dua tahun lamanya, saya nekad nak buka tempat makan yang diimpikan.

ngulang kopitiam

“Mulanya suami, Hamzan Darus dan anak-anak bantah kerana bimbang orang tak akan datang, namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya yang membuka Ngulang Kopitiam sejak April tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai susun atur Ngulang Kopitiam, pesara kerajaan itu berkata, beliau mempamerkan semua item klasik yang dimilikinya termasuk penggunaan kayu asal yang diambil dari rumah-rumah lama.

ngulang kopitiam

Dalam pada itu, Sharifah Faezah berkata, kebolehan beliau yang handal memasak pelbagai menu juga menjadi faktor utama premisnya dikunjungi ramai.

Beritahu wanita berusia 65 tahun itu lagi, seawal pukul 5 pagi beliau sudah terpacak di dapur untuk menyiapkan sajian sambil dibantu 17 orang pekerja lain.

 

Menariknya tentang Ngulang Kopitiam, mereka menyajikan kulinari yang jarang dijumpai seperti Nasi Rendang Ikan Tumbuk, Pulut Hitam Ikan Masin, Nasi Goreng Cendawan Kukur dan jagung nyoq.

Baca Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu

Cerita beliau, biasanya pelanggan yang berada di luar Perlis akan berasa pelik dan hairan mendengar nama menu Nasi Rendang Ikan Tumbuk.

ngulang kopitiam

“Ini kerana istilah direndang itu bagi orang utara bermaksud digoreng. Namun, apa yang saya boleh katakan, hidangan itulah yang menjadi menu sarapan pagi paling banyak dipesan. Sampaikan ada satu pelanggan sebak kerana masakan tersebut mengingatkannya kepada ibu tercinta,” katanya.

Mengenai jagung nyoq, jelas wanita itu, ia berupa isi jagung yang digaul dengan kelapa parut muda, gula dan garam.

ngulang kopitiam

Selain itu, terdapat hampir 20 masakan dengan resipi air tangannya sendiri. Antaranya seperti laksa nyonya, ketupat sotong, nasi dagang, lontong, roti bakar, pek nga dan banyak lagi.

Baca juga Stail warung orang dulu-dulu, 5 kafe unik wajib diserbu peminat kopi

“Jangan serik kalau terpaksa tunggu lama, memang tak menang tangan dibuatnya bila orang sudah mula tunggu seawal pukul 7 pagi terutamanya pada hujung minggu.

“Saya akan pastikan semuanya dijamin puas hati dan harganya berbaloi,” kata nenek kepada enam cucu itu.

ngulang kopitiam

Ngulang Kopitiam
Alamat: KM1, Jalan Jejawi – Dato Kayaman, Kampung Ngulang, Kangar, Perlis Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 3 petang
Menu signatur: Nasi Rendang Ikan Tumbuk, laksa nyonya, pulut hitam ikan masin dan cendawan kukur.
Harga: Bermula RM3.50 hingga RM15
Instagram: @ngulangkopitiam

ngulang kopitiam

#jomsinggah

Iklan

Dekorasi antik ditambah menu unik menjadi pilihan pengusaha dalam mengambil hati para pelanggan.

Ngulang Kopitiam yang terletak di Kangar, Perlis antara salah satu premis yang berjaya berbuat demikian.

Tinjauan SinarPlus di media sosial mendapati, terdapat beberapa lokasi yang turut menerapkan konsep sedikit lebih kurang sama. Antaranya:

ngulang kopitiam

Kroncong
Alamat: 53, Lorong 2 Kamunting, Kamunting, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 tengah hari
Menu signatur: Lontong, sate dan ubi kayu kukus sambal
Facebook: Ruang Sarapan
Instagram: @ruangsarapan

chifan KL

chifan KL

Chi Fan KL
Alamat: No 9 Jalan H3, Taman Melawati, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
Menu signatur: Mi calong
Facebook: Chi Fan KL
Instagram: @chifan.kl

chifan KL

Iklan

chifan KL

Kantin
Alamat: E-G-14 Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari, Ampang ,Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 4.30 petang
Menu signatur: Set asam pedas
Facebook: Kantin – asam Pedas
Instagram: @kantinasampedas

Karat England Cafe

Karat England Cafe
Alamat: Taman Desa Baraqah, Tanah Merah, Kelantan
Waktu operasi: 11.30 hingga 10.30 petang
Menu signatur: Sate ayam, lempeng kelapa dan set nasi impit
Facebook: Karat England Cafe
Instagram: @karatenglandcafe

Karat England Cafe

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang