MEMASUKI minggu ketiga umat Islam berpuasa, sudahkah anda berkunjung ke bazar Ramadan?

Di Negeri Selangor terdapat banyak pilihan bazar yang anda boleh kunjungi.

Tourism Selangor telah menyenaraikan 8 pilihan lokasi terbaik pada tahun ini yang sangat menarik dan unik untuk semua, sama ada penduduk tempatan atau para pelancong.

Bazar Ramadan

Bazar Ramadan Bandar Baru Selayang, Gombak
Untuk yang menetap di kawasan Gombak, Bazar Ramadan di Bandar Baru Selayang ini semestinya menjadi buruan penduduk di kawasan ini.
Terletak bersebelahan dengan Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan dibuka seawal jam 3.00 petang sehingga 8.00 malam.
Bazar Ramadan ini menyediakan pelbagai juadah bulan puasa yang dicari setiap tahun seperti Ayam Bakar, Murtabak, Tepung Pelita dan Putu Bambu. Jangan lupa masukkan bazar ini di dalam senarai anda!

 

Baca ni Jika tak pandai dan baru belajar masak, jangan berniaga di bazar Ramadan

Bazar Ramadan Taman Langat Murni, Kuala Langat
Bazar Ramadan di Taman Langat Murni ini merupakan antara bazar yang menjadi tumpuan di Kuala Langat.
Bazar ini menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung dengan pelbagai gerai yang boleh kita kunjungi.
Pelbagai juadah yang menarik dan unik di sini yang boleh kita dapatkan seperti Apam Balik, Mozarella Corndog, Nasi Ambeng Ayam Kicap dan Popia Goreng.
Beroperasi pada jam 3:30 petang, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk pergi ke bazar ramadan ini!

bazar kompleks pkns

Bazar Ramadan Kompleks PKNS, Shah Alam
Terletak bersebelahan dengan SACC Mall & Plaza Alam Sentral, bazar ramadan ini adalah antara bazar yang paling ramai dikunjungi di Shah Alam seawal jam 3 petang.
Setiap gerai menjual hidangan-hidangan yang mendapat permintaan ramai dan amat popular kerana keenakannya seperti nasi briyani lamb shank, nasi tomato, nasi kerabu, ayam percik dan pelbagai lagi!
Pengunjung boleh meletakkan kenderaan di bangunan Kompleks PKNS sendiri dan juga di SACC Mall.

Baca juga ‘Tak mahu malu depan ALLAH…’ Maryam kongsi cabaran berpuasa di Korea, pernah belanja RM400 di bazar Ramadan

Andalas Klang Bazar

Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang
Merupakan antara bazar ramadan yang paling dinantikan oleh penduduk Klang, Bazar Ramadan Taman Sri Andalas ini merupakan antara bazar yang telah lama bertapak di kawasan Klang setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Ayam golek madu, nasi lemak dan pelbagai jenis kuih-muih juga terdapat di sini. Semestinya salah satu bazar yang boleh anda serbu untuk mendapatkan juadah yang enak untuk berbuka puasa!

Stadium Shah Alam Bazar

Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Shah Alam
Bazar Ramadan Stadium Shah Alam di Seksyen 13 ini merupakan antara bazar yang dikunjungi ramai, terutamanya untuk para pelajar dari MSU.
Terletak berdekatan dengan pasar raya Giant dan pusat membeli-belah AEON, bazar ini menawarkan harga yang sangat berpatutan kepada pengunjung yang hadir di sini.
Pelbagai juadah menarik yang boleh anda jumpai seperti cendol, kuih donat pelbagai perisa, jus tembikai segar, dan kambing bakar. Bazar ini juga menawarkan makanan antarabangsa seperti sushi, mac & cheese dan nasi mandy dari Chef Ammar.

Iklan

Baca lagi ‘Kebahagiaan semudah itu, terima kasih ayah-ayah.’ Pasangan India suka ronda bazar Ramadan buat ramai terhibur

USJ 4 Subang Bazar

Bazar Ramadan USJ 4, Subang Jaya
Untuk yang menetap di kawasan Subang, Bazar Ramadan di USJ 4 ini semestinya menjadi buruan. Dibuka seawal jam 3.00 petang, sebanyak 160 gerai di bazar ini menyediakan pelbagai juadah bulan puasa yang dicari setiap tahun, seperti Roti John, Nasi Lemak dan Mango Ice Cream Float.
Terletak bersebelahan dengan SMK USJ 4, Bazar Ramadan USJ 4 ini amat mudah dikenalpasti, memandangkan ianya mudah dilihat dari tepi jalan.

Bazar Ramadan Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Bazar Ramadan di Seksyen 6 Kelana Jaya ini merupakan antara bazar tumpuan, terutamanya untuk para pelajar dari Universiti Malaya dan MAHSA.
Terletak di hadapan Jaya One, bazar ini menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung dengan sebanyak 197 gerai terdapat di sini.
Pelbagai juadah unik di sini seperti air kasturi asam boi, ayam percik dan karipap gergasi. Juga menawarkan makanan antarabangsa seperti Ayam goreng Korea, Piza, Sushi, dan Pasta.

Baca lagi Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

Iklan

Bazar Sungai Besar, Sabak Bernam

Bazar Ramadan Sungai Besar, Sabak Bernam
Bazar ramadan di Sungai Besar, Sabak Bernam merupakan antara bazar paling popular di daerah ini. Mereka menghimpunkan juadah berbuka puasa yang unik termasuk Roti John, Tepung Pelita, Kebab dan Ayam Panggang yang sangat terkenal sepanjang Ramadan.
Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan tradisional Jawa seperti Nasi Ambeng dan Pecal.
Ia dibuka seawal jam 3.00 petang hingga 7:30 malam tetapi pengunjung disyorkan untuk tiba lebih awal kerana bazar ini antara bazar yang agak sesak dengan pengunjung sepanjang bulan Ramadan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang