Belanja ibu tersayang untuk beli apa saja di 5 destinasi pusat beli-belah ini.

A
A
A

SHOPPING dan wanita memang tak boleh dipisahkan. Malah, aktiviti cuci mata di pusat beli-belah boleh menjadi terapi untuk hati sesiapa sentiasa happy.

Jadi, mudah sajer nak bahagiakan ibu tersayang kita lebih-lebih lagi pada Hari Ibu.

Kali ini, SinarPlus akan himpunkan beberapa shopping mall atau premium outlet istimewa untuk anda bawa mereka membeli item kegemaran.

Sempena kempen jualan Weekend Special, rata-rata shopping mall nampaknya menawarkan diskaun luar biasa.

Silap-silap kita beli untuk diri sendiri juga. ?

Kalau nak beli minyak wangi, Victoria Secret ada sales.

Nak beli beg, Charles & Keith beri harga kawkaw murah. Jika ibu teringin nak barang kemas, bawa mereka ke Tomei.

Berikut disenaraikan premium outlet yang mengambil bahagian:

pusat beli-belah

1. Johor Premium Outlet

Alamat: Jalan Premium Outlets, Indahpura, Kulai, Johor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Johor Premium Outlets

Laman web: https://www.premiumoutlets.com.my/

pusat beli-belah

* Jika berhampiran, bawalah ibu membeli-belah di Johor Premium Outlets kerana banyak diskaun istimewa menanti.

* Paling seronok, jenama terkemuka seperti Aigner, Coach dan Tory Burch.

* Bolehlah pilih untuk dihadiahkan kepada ibu sebagai kejutan tambahan.

* Sudah penat cuci mata, banyak lokasi menarik di sana yang boleh dijadikan port santai selain ruang foodcourt yang luas.

Baca juga Tunggu anak ‘shopping’ baju lama sangat, tindakan spontan ibu ini bikin dekah ramai

pusat beli-belah

2. Genting Highlands Premium Outlet

Alamat: KM13, Genting Highlands Resort, Genting Highlands, Pahang

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Genting Highlands Premium Outlets

Laman web: https://www.premiumoutlets.com.my/

pusat beli-belah

* Special hanya untuk minggu ini sajer, Genting Premium Outlet menyajikan penjimatan hingga 65 peratus untuk item terpilih.

* Jangan lupa bawa ibu untuk menikmati promosi Baskin-Robbins Specials atau dapatkan barangan kecantikan premium serendah RM99 jer.

* Nak beli beg, jam tangan, kasut waima dompet, jangan lepaskan promosi harga hingga 70 peratus sempena Carlo Rino, Coach dan Converse Special Sale. Memang puas hati!

Baca juga Rancakkan Hari Ibu dengan pilihan hadiah menarik, grab promosi istimewa untuk penjimatan berganda

pusat beli-belah

3. Mitsui Outlet Park

Alamat: Persiaran Komersial KLIA, Sepang, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Mitsui Outlet Park

Laman web: https://mitsui-shopping-park.com.my/

pusat beli-belah

* Teristimewa buat ibu, promosi Casio, Ice Watch dan Komono di Mitsui Outlet Park memang rugi kalau dilepaskan.

* Lagi menarik perhatian, Coach Outlet juga menawarkan promosi hingga 65 peratus hanya untuk sambutan Hari Ibu jer.

* Aksesori wanita pun banyak ditawarkan dengan nilai cukup berbaloi.

* Jadi kalau kalian berada berhampiran, jangan lupa singgah!

Baca juga Raikan Hari Ibu bersama tersayang, 4 destinasi menarik saji hidangan special area KL, Selangor

pusat beli-belah

4. Lalaport Bukit Bintang

Alamat: No. 2, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur,

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: https://mitsui-shopping-park.com.my/

pusat beli-belah

* Lalaport Bukit Bintang mempersembahkan banyak event menarik sempena sambutan Hari Ibu.

* Paling curi tumpuan, AISHITERU, ONLY YOU: Mother's Day Weekend Special memang boleh membahagiakan Ratu Hati kalian.

* Apa yang menarik? Bukan sajer dapat bunga percuma, setiap pembelian minimum RM200, anda berpeluang dapat hadiah istimewa.

* Antaranya Samsung Vacuum, Apple iPad, iWatch, Nintendo Switch, LaLaport Cash Vouchers dan banyak lagi.

pusat beli-belah

5. Freeport A' Famosa Outlet

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Freeport A'Famosa Outlet

Laman web: https://www.freeportafamosa.com/

pusat beli-belah

* Antara destinasi wajib singgah kalau bercuti di Melaka.

* Kompleks yang menawarkan lebih 80 jenama itu sentiasa tarik perhatian ramai dengan Special Deals.

* Sempena Mother Day's Give Away, para ibu berpeluang untuk memenangi hadiah seperti baucar shopping bernilai RM50, makan malam percuma untuk dua orang dan kek.

* Cepat sertai peraduan yang dikongsikan, mana tahu kalian yang terpilih sebagai pemenang.

pusat beli-belah SUMBER foto PEXELS,

Jadi, jangan biarkan sambutan Hari Ibu berlalu begitu saja.

Sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan ibu, tak salah kalau kita bawa mereka berjalan-jalan dan berbelanja besar untuk mereka yang telah banyak berkorban untuk kita.

Selamat bershopping dan berhujung minggu. Ooops, Selamat Hari Ibu juga.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca