Bergaya sakan dengan Lilit sempena lebaran nanti. Jangan risau, saiz hingga 5XL

A
A
A

PERAYAAN Aidilfitri memang tidak sah jika tiada baju raya. Pendek kata macam kurang lengkap sehinggkan serba-serbi dirasakan bagai tidak kena.

Tidak perlu pening-pening! Pilih sahaja di Lilit yang kini tampil dengan koleksi baharu, Made Eid Easy khusus buat kaum Hawa.

Penampilan modest dan gaya sederhana bukan sahaja menyerlahkan pesona minimalis, tetap ia juga sesuai untuk digayakan ke mana sahaja meskipun selepas Lebaran.

 

Baca juga: Lebih 1 juta baju kurung terjual Hasnuri tampil dengan gaya modest dan baju sedondon sekeluarga 2

Baca juga:Beraya sakan dengan baju Melayu Majestic potongan slim fit dengan 35 pilihan warna

Selaras dengan misi jenama untuk menyediakan fesyen sederhana dengan imej santai dan mempesona, koleksi tersebut turut menampilkan rangkaian pilihan top, skirt dan gaun.

Jangan risau, individu dengan bentuk tubuh gempal juga boleh bergaya dengan koleksi Lilit memandangkan saiz yang tersedia hingga 5XL.

Potongan klasik dengan pilihan rona sederhana membuatkan pakaian di bawah jenama Lilit mudah untuk dipadankan antara satu sama lain.

Tidak ketinggalan, pelbagai aksesori atau tudung turut ada dan tentunya memudahkan kita untuk mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah terutama secara dalam talian.

Menitikberatkan soal keselesaan, keutamaan tetap diberi perhatian khususnya buat ibu yang ingin menyusukan anak.

Menariknya, perkhidmatan penghantaran percuma di samping penghantaran dilakukan pada hari yang sama. Siapa yang tak nak kan?

Pembantu Pengurus Jenama Lilit, Aliesha Nadira berkata, raya tahun ini lebih istimewa memandangkan ia disambut ketika musim endamik.

"Berbeza dengan dua tahun lalu, sudah tentu kali ini ramai yang ingin sesuatu yang luar biasa.

"Justeru, kami menjadikan koleksi kali ini agar lebih sederhana dan bermakna. Biarpun santai, tetapi tetap kelihatan menyerlah dan menarik.

"Rekaan mengfokuskan tidak hanya buat golongan ibu bekerjaya sehingga kepada si gadis lincah termasuk wanita bersaiz besar," katanya.

Tawaran harga mampu milik sudah tentu menjadi tarikan.

KOLEKSI MADE EID EASY LILIT

Berikut beberapa stail lebaran yang boleh anda pilih pada Aidilfitri kali ini daripada Lilit:

1. Jubah

-Lilit menyediakan jubah atau dress seperti Shazmin Dress dan Warda Dress dengan kain flare cut dan butang tapered sleeve, manakala Set Abaya Illiana dengan potongan loose fit dan lengan flare detailing.

2. Baju dan blaus

-Menggabungkan kefungsian dengan gaya yang disediakan dalam semi-fit, oversaiz fit dan loose fit untuk pemakaian lebih selesa dan tidak ketat.

-Sementara itu, para ibu boleh memilih blaus mesra bayi untuk menyusukan si manja dengan mudah dan tanpa stres ketika Hari Raya nanti.

-Terdapat tiga jenis baju yang boleh didapati iaitu Nadiya, Nabiha dan Atherah, manakala rekaan blaus pula boleh didapati dalam jenis Ainaa, Arinna dan Sofhea.

3. Kain

-Dengan inspirasi daripada gaya ringkas untuk musim Raya kali ini, dapatkan kain asas, tetapi ranggi untuk dipadan dan digayakan bersama mana-mana baju, sama ada plain atau bercorak.

-Tiga rekaan kain Lilit adalah Nadiya, Aliesha dan Widuri.

Pembelian untuk koleksi penuh tersebut boleh dibuat menerusi www.lilitstore.com atau melalui aplikasi LILIT.

Selain itu, LILIT juga bekerjasama dengan GRABPAY bagi promosi dalam kedai yang mana pembeli boleh dapat potongan RM10 dengan pembelian minimum sebanyak RM100.

Sementara itu, dapatkan Kod Promo: GRABPAYDEALS, untuk promosi dalam talian di mana pembeli boleh menikmati potongan 15 peratus hingga RM24 dengan pembelian minimum RM160.

Selamat bershopping!

 

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca