Penyanyi Black Hanifah baru-baru ini berkongsi sepotong video yang memaparkan ruang dalam kediamannya yang sangat cantik dan mendamaikan.

Pelantun lagu Teman Pengganti itu sebelum ini pernah berkongsi video yang memaparkan halamn rumahnya yang sedang diubahsuai.

Kini hasilnya sememangnya sangat cantik dan meraih perhatian ramai. Manakan tidaknya, daripada luar sehingga dalam rumah, konsep yang menjadi pilihan penyanyi tersebut dan isterinya tampak sesuai.

black

Baca ni Rindu D’Villa milik Black pukau pandangan. Guna lantai dengan tema glow in the dark pertama di Asia

Baca juga ‘Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

“Semoga bermanafaat. Selamat mencuba

“Rumah yang bersih malambangkan keperibadian seseorang,” demikian kata bapa kepada sepasang cahaya mata itu menerusi kapsyennya.

Ruang tamu moden dengan padanan perabot simple namun sedap mata memandang, dapur yang kemas dan bersih.

black hanifah

Malah, halaman rumah nampak begitu mendamaikan dengan binaan taman mini yang dipenuhi pokok-pokok menghijau. Bahagian tengah antara dapur dan taman diletakkan meja sesuai untuk dijadikan ruang minum petang seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, taman mini yang dibina itu sesuai dijadikan tempat beristirehat selepas penat bekerja. Hilang rasa penat dan stres seharian bekerja, kan.

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

Baca juga ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Baca juga ‘Sebelum kahwin beli aset dulu.’ Bertahun menanti, impian Sweet Qismina miliki rumah sendiri tercapai

 

CANTIK, KEMAS & BERSIH

Bahkan, warga maya yang menonton video berkenaan memuji cara Black mendekorasi kediamannya.

black

‘Saya suka suasana rumah macam ni. Semoga suatu hari ada rezeki milikinye juga.’

Iklan

‘Betul-betul cantik rumah Black.’

‘Awesome and beautiful.’

‘Cantik, bersih dan kemas.’

‘Masya-ALLAH, bersih, cantik dan tenangnya rumah Black.’

‘Rumah bersih bau wangi best,kan. Syurga dunia.’

‘Betul tapi memang perlu sama-sama bertanggungjawab untuk jaga. Tidaklah wife sorang-sorang je yang penat. Seronoknya bila rumah kemas je 24 jam macam ni.’

black hanifah

Iklan

Baca juga Black Hanifah Kongsi Tip Untuk Wujudkan Keluarga Bahagia

Bagus betul, muda- muda lagi sudah pandai membina aset sendiri. Selain itu, SinarPlus suka tengok konsep kediaman ini. Bijak Black dan isterinya memilih tema minimalis namun moden dan sedap mata memandang.

Sumber: Instagram black.hanifah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!