Tragedi Batang Kali: Boleh kesan mayat tertimbus sedalam 5 meter, mesin pengesan GPR jadi tumpuan dalam misi SAR tanah runtuh

A
A
A

INSIDEN tanah runtuh yang berlaku di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Pahang baru-baru ini sangat memeranjatkan kita.

Mangsa yang terkorban mencecah 24 nyawa daripada 94 orang yang dilaporkan.

Sehingga kini, masih berbaki sembilan orang yang dipercayai masih tertimbus pada kedalaman lebih 5 meter (m) (setakat laporan ini ditulis).

Apa yang menarik perhatian ramai, dua mesin berteknologi tinggi yang disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk membantu mengesan mangsa.

mesin GPR tanah runtuh SUMBER foto ihsan Bomba Malaysia.

Alat pengesan yang dikenali dengan nama Ground Penetrating Radar (GPR) diharapkan sebagai usaha terakhir untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang.

Apa itu GPR? Menurut portal Testindo, mesin empat roda tersebut boleh mengesan objek termasuk tubuh manusia di bawah permukaan tanah.

Perkakas tersebut menggunakan gelombang radar yang memaparkan data terus kepada skrin paparan untuk menunjukkan maklumat berkaitan lapisan tanah yang dikaji.

mesin GPR tanah runtuh SUMBER foto ihsan Bomba Malaysia.

Kaedah itu lebih mudah berbanding perlu menggali tanah untuk melihat struktur lapisan bumi tersebut.

Lazimnya, mesin tersebut digunakan untuk kerja pembinaan bagi fungsi berikut:

i) Mengesan ketebalan lapisan asfalt.

ii) Pemetaan infrastruktur bawah tanah.

mesin GPR tanah runtuh

iii) Mengesan lompang atau keretakan dalam konkrit.

iv) Mencari kabel atau paip yang tertanam dalam konkrit atau tanah.

v) Mengesan batu besar di dasar tanah.

Baca juga Kronologi tanah runtuh, bomba luah momen pilu temui jasad seorang ibu, 2 anak berpelukan

Sementara itu, impulseradargpr.com turut berkongsi info menarik.

Teknologi tersebut juga sudah digunakan secara meluas untuk pelbagai fungsi seperti mengesan artifak lama, mendapan, forensik dan misi SAR.

mesin GPR tanah runtuh

Mesin GPR juga dikatakan pendekatan paling ideal kerana dapat mengesan perubahan komposisi bawah tanah dengan data pada masa nyata.

Dalam kes tanah runtuh seperti yang dilaporkan berlaku di Jalan Genting-Batang Kali, peranti GPR digunakan untuk mengesan lokasi mangsa dengan cepat.

DATA LEBIH TEPAT

Alat canggih yang dijual pada harga dianggarkan bermula RM75,229 tersebut memberi data lokasi yang tepat dan pemetaan objek bawah tanah sebelum permulaan sebarang kerja penggalian.

mesin GPR tanah runtuh

Selain itu, ia berfungsi untuk mengukur ketebalan tanah runtuhan yang menimpa mangsa.

Selain di Malaysia, banyak juga kes melibatkan mangsa tertimbus akibat insiden tanah runtuh yang menggunakan mesin yang sama.

Baca juga 15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting

Perincian yang dikongsikan wiley.com adalah seperti berikut:

mesin GPR tanah runtuh

i) Pada September 2013, seorang ahli arkeologi, Nick Bellantoni diminta pihak polis untuk mengesan mayat seorang gadis menggunakan mesin GPR. Mangsa dipercayai ditanam oleh penjenayah di kawasan rumahnya di Connecticut, Amerika Syarikat.

ii) Pada tahun 1998, pakar dalam bidang sains tanah, Mary E.Collins juga membantu pihak polis menggunakan kepakaran mesin GPR untuk mengesan mayat budak lelaki berusia 12 tahun yang dibunuh.

mesin GPR tanah runtuh

iii) Pada tahun 1983, Gregg Shellentrager menjadi saintis pertama yang membantu satu kes forensik menggunakan mesin GPR untuk mengesan mayat budak lelaki berusia enam tahun.

Moga dengan bantuan teknologi yang serba boleh itu mampu melancarkan lagi misi SAR yang masih belum ditamatkan. Kita doakan yang terbaik.

mesin GPR tanah runtuh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca