Cara mudah tanam ulam selom guna batang, tak perlu biji benih

A
A
A

ULAM selom memang sedap dan jadi kegemaran 'hantu' ulam-ulaman. Dibuat urap, hiasan laksa, atau dimakan dengan nasi kerabu, selom memang kesukaan rakyat Malaysia tak mengira usia.

Dikatakan mempunyai rasa macam daun parsli, selom mempunyai banyak zat galian, mineral dan vitamin A, B dan C. Daun selom elok untuk melawaskan kencing dan merawat masalah sembelit.

Yang suka ulam selom, apa kata tanam sendiri. Mudah je hanya guna batang ikut cara Ummu Ain kongsi ni, sekejap je dapat hasil.

Baca juga: Kebun halaman rumah raih anugerah, lelaki kongsi hobi menguntungkan

“Ni cara saya tanam semula batang ulam selom. Mungkin cara ni sesuai untuk yang berkebun tepi dapur atau tiada kawasan. Daun kesum pun saya buat cara macam ni. Lebih mudah ia nak hidup,” kongsinya.

Baca juga: Rajinkan diri makan ulam-ulaman.. ini 8 jenis ulam popular, rugi tak cuba

Berikut adalah langkah dilakukan Ummu Ain:

1. Potong daun yang hendak dimakan. Kalau boleh tinggalkan daun pucuk yang paling kecil sekali. Tapi kalau tak ada pun ok juga sebab akan keluar pucuk baru cuma mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk keluar pucuk baru.

2. Rendam batang selom dalam air. Saya letak sikit serbuk akar. Kalau tak letak pun tak mengapa.

3. Biasanya selepas seminggu akan mula keluar akar. Anda boleh ketuk sikit bawang merah campur dalam air kalau tiada serbuk akar.

4. Bila sudah ada akar, barulah cucuk ke tanah. Insya-ALLAH ia lebih mudah hidup.

5-Saya tanam dalam kotak polisterin je. Ada juga polisterin yang tiada lubang dan saya lubangkan tinggi sikit dari paras tanah.

6-Yang ada lubang saya akan siram lebih sikit sebab selom ni suka tanah yang lembap.

7. Seminggu sekali saya letak baja. Apa-apa baja pun boleh. Ikut apa yang ada. Baja saya guna semua organik.

8-Sekarang saya tak pernah beli ulam selom sebab sudah banyak yang ditanam. Alhamdulillah, cukuplah untuk makan sendiri, jamu kawan-kawan dan berikan kepada kepada jiran.

Baca juga: Cara mudah tanam pokok daun sup, guna batang dan akar, tak perlu benih

INFO DAUN SELOM

1-Daun selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica mempunyai kesan antidiabetik, antioksidan, antiradang, selain melindungi hati dan memori.

2- Ia dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi terdapat juga sehingga di Selatan China, Pakistan, Jepun dan Taiwan.

3-Nama-nama lain bagi Selom adalah seperti Pennywort (English), pampung (Jawa), phakan (Thai) dan sebagainya.

4-Daun selom mengandungi banyak kandungan air, protein, karbohidrat dan serat

5-Daun dan batangnya dapat meredakan penyakit seperti bisul, terkenan gigitan ular, kala jengking dan bengkak kerana kanser.

6-Air rebusannya boleh diminum meredakan demam selesema, susah buang air kecil dan berak berdarah.

7-Biji selom dijadikan penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah. Ia juga dijadikan perangsang buang air dan membantu mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Wah, mudah saja cara nak biakkan selom ni. Sudahlah sedap, banyak pula khasiatnya. Jom cuba tanam sendiri kat rumah, lebih jimat!

Baca juga: Petua pokok mangga berbuah lebat dan rimbun, hanya guna minyak masak terpakai

Sumber: Ummu Ain, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca