Cara repair peti ais tak sejuk bermodalkan RM12 jer. Lelaki ini kongsi tip mudah & menjadi!

A
A
A

PERNAH tak alami situasi tiba-tiba peti ais anda kurang sejuk? Jangan terus ingat ia rosak ye.

Sebenarnya situasi tersebut berlaku apabila ada kerosakan pada komponen seperti termostat atau sensor pencair beku (defrost).

Ini yang menyebabkan peralatan elektrik tersebut secara tiba-tiba menjadi kurang sejuk, sedangkan bahagian sejuk beku berfungsi dengan baik tanpa masalah.

Seorang pengguna Facebook bernama Jannatun Naim berkongsi tip dan cara untuk menangani masalah tersebut.

Baca ni Wanita ini kongsi cara unik tanam sayur guna tali mop. Mudah nak jaga, pokok pun subur walau tak siram selalu

peti

Caranya cukup mudah dan yang lebih penting tidak perlu keluarkan modal yang banyak. Hanya dengan RM12, peti sejuk anda akan kembali berfungsi seperti sediakala.

"Pernah tak tiba-tiba peti sejuk bahagian atas beku, tapi bahagian bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk?

"Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak," tulis Jannatun yang membeli sensor tersebut secara online.

 

Berikut informasi yang dikongsikan beliau.

Peralatan diperlukan:

1. Pemutar skru philip

2. Pengikat kabel (cable tie)

3. Termostat pencairbeku

4. Pita pelekat hitam

5. Pengering rambut (pilihan)

Sebelum itu, pastikan suis peti ais dimatikan terlebih dahulu ye. Berikut langkah demi langkah membaiki peti ais:

Baca ni 'Pandai nyanyi & masak, untung suami.' Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

peti

1. Buka penututup bahagian atas peti ais.

-Jika buka cover bahagian atas peti sejuk, beginilah rupanya. Semua dah beku (frozen) sebab itu bahagian bawah tak sejuk.

peti

2. Tunggu ais cair

-Ambil masa nak tunggu ais cair, gunakan pengering rambut bagi membolehkan ais cepat cair. Tadah bekas bagi memudahkan anda membuang ais yang cair tu.

peti

3. Keluarkan sensor

-Setelah ais cair, anda akan lihat satu tiub berwarna pink merah jambu. Itulah sensor tersebut. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tersebut. Ini keadaan sensor itu yang bawah baharu punya.

peti

Baca lagi 'Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.' Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

4. Gantikan sensor

- Potong wayar pada tiub asal lalu sambung kepada sensor baru.

peti

 

5. Kemaskan

- Letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak. Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu). Jika tiada, boleh guna pita pelekat hitam.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

Hah, macam mana? Dengan teknik yang dikongsikan Jannatun, rasanya wanita pun boleh repair sendiri.

Kalau tak berani, boleh minta tolong dengan Encik Abang. Jangan bazirkan duit kalau ada cara yang lebih menjimatkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca