UNTUK memastikan kediaman sentiasa selamat dengan pemantauan selama 24 jam, pengenalan kamera litar tertutup (CCTV) keluaran SriHome SH029 antara opsyen yang menarik kepada pengguna yang sedang mencari fitur tersebut.

Menurut laman rasmi SriHome, kamera keselamatan dengan ciri 3MP tersebut memiliki resolusi 1,296 piksel dan pembesar suara yang berkualiti tinggi.

Kelebihan tersebut membolehkan pengguna untuk melihat kawasan seliaan dengan lebih terang dan jelas, meskipun pada waktu malam dengan ciri penglihatan inframerah.

Aplikasi SriHome yang disediakan juga mudah dikendalikan tanpa batasan jarak dan waktu.

CCTV

Lebih menarik, ciri kecerdasan buatan dibina untuk mengesan pergerakan manusia, kata jenama keluaran China tersebut.

 

Selain berupaya untuk zum tiga kali ganda, CCTV itu boleh disambung terus dengan Wifi sedia ada dan boleh berkomunikasi terus dengan tetamu.

CCTV

Tambah menarik, sistem penggera aktif akan mengesan pergerakan yang mencurigakan seperti tingkap pecah atau pintu dibuka dengan paksa terus ke telefon milik tuan rumah.

Baca juga Sanggup tikam anak lebih 100 kali, CCTV jadi bukti jenayah keji bapa tiri

Iklan

Baca juga Tragisnya, abang 14 tahun cekik adik hingga maut, ibu nampak dari CCTV, berikut kronologi kejadian

Harga untuk inovasi berkenaan adalah bermula sekitar RM145 sahaja. Untuk informasi lanjut, layari https://www.sricam.com/index.html.

cctv

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang