Projek CAREton dedahkan murid dengan pengalaman kelestarian

No Image Caption
A
A
A

KUMPUL kotak minuman terpakai, kitar semula sebagai perabot sekolah dan peralatan sukan. Idea menarik dan mesra alam itu dijalankan oleh MILO dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan November lalu.

Usaha ini untuk meningkatkan pengalaman sekolah dan pembelajaran kanak-kanak melalui ekosistem Projek CAREton.

Sebagai permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di empat buah sekolah di Pantai Timur dan seterusnya diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Malaysia. Nestlé juga akan menyumbang peralatan komputer yang turut membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran di sekolah-sekolah yang terlibat.

No Image Caption

Pelancaran kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan merupakan kesinambungan daripada kerjasama jangka panjang Projek CAREton bersama Tetra Pak Malaysia.

Sejak tahun 2012, lebih daripada 5,400 tan kotak minuman terpakai (setara dengan lebih daripada 420 juta kotak minuman terpakai) telah dikumpul dari lebih 1,000 pusat pengumpulan di seluruh negara, antaranya termasuklah 600 buah sekolah, dan dimasukkan ke dalam sistem kitar semula syarikat.

No Image Caption

Melalui inisiatif ini, murid dan rakyat Malaysia dapat menghayati hasil dari usaha kitar semula yang berterusan. Di sekolah, mereka akan memperolehi meja, kerusi, dan peralatan sukan yang diperbuat daripada bahan kitar semula berasaskan PolyAl bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat serta menyokong perkembangan murid.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad, Juan Aranols, mengungkapkan rasa puas hatinya dengan membawa MILO® Tenaga Untuk Kebaikan ke Terengganu.

"MILO® Tenaga Untuk Kebaikan mencerminkan komitmen kami terhadap kelestarian dan sokongan kepada komuniti. Selama 12 tahun, kami telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan perubahan positif melalui Projek CAREton, berkat usaha bersama rakan kongsi kami, Tetra Pak, dan ahli komuniti.

"Dengan pelancaran kempen MILO® Tenaga Untuk Kebaikan, kami dengan bangganya bergabung tenaga dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan AFN Sports untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan," kata beliau.

No Image Caption

Dalam pada itu, Guru Besar SK Durian Burung, Rashidi Abdullah @ Muhamad menyatakan, sebagai pendidik, matlamat mereka untuk mewujudkan persekitaran yang mana murid-murid dapat berkembang secara fizikal dan mental.

"Kami sentiasa mencari cara yang mampan untuk mengekalkan dan meningkatkan kemudahan sekolah. Dengan menggunakan bahan polyAl, kami dapat memanjangkan jangka hayat infrastruktur dan kemudahan sukan kami untuk memastikan ketahanannya.

"Dengan penambahan tong kitar semula CAREton yang khusus di sekolah kami, murid-murid juga berpeluang untuk membawa kotak minuman MILO terpakai mereka dari rumah dan memupuk tabiat kitar semula harian. Mereka dapat mangalami sendiri bagaimana usaha mereka menyumbang kepada perubahan positif dalam persekitaran sekolah.

Projek ini bukan sahaja mengajarkan kepentingan kelestarian, malah apa yang dipelajari akan menjadi kemahiran sepanjang hayat dan mendorong tindakan individu yang dapat membawa kesan penambahbaikan yang berkekalan," jelas beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang